Halaman

Ahad, 21 Oktober 2012

5 Bintang K-Pop Paling Kaya


Custom Glitter Text
Meskipun digelar hamba kontrak akibat peraturan ketat yang mengikat kehidupan peribadi seseorang selebriti popular, namun tidak dinafikan mereka mampu mengumpul kekayaan hasil daripada kegiatan dalam industri hiburan.

Jom kita lihat siapakah lima bintang K-Pop yang berjaya memperoleh pendapatan lumayan sepanjang tahun lepas dan tahun ini 2012.


1) G-Dragon

   Pada usia 23 tahun, G-Dragon (ketua kumpulan Big Bang) diiktiraf sebagai bintang terkaya menerusi penglibatannya dalam pembikinan lagu, menyanyi, produser muzik dan model produk.Hampir separuh dari pendapatannya datang dari hasil duit royalti.Perjalanan untuk sampai ke tahap ini bukannya mudah.Dia memulakan karier pada usia 8 tahun.Selepas kontraknya ditamatkan, dia berjanji tidak akan jadi penyanyi lagi.Walau bagaimanapun, takdir menemukannya dengan SM Entertainment dan dia menghabiskan masa 5 tahun sebagai pelatih sebelum berpindah ke YG Entertainment.G-Dragon bertindak membersihkan studio dan memberi air kepada selebriti yang berlatih pada awal latihannya.Masih solo namun kebanyakan peminat suka sekiranya rapper ini berpasangan dengan Dara (2NE1).Gadis pilihannya adalah seorang yang tidak berpura-pura dan selesa bersamanya.




2) Lee Seung Gi

  Hos, pelakon dan penyanyi ini baru sahaja berusia 25 tahun tetapi pendapatannya dianggarkan berjumlah RM3.1 juta.Dalam mengurus kewangannya, Lee Seung Gi juga mempunyai Ijazah Perdagangan dan Pertukaran Antarabangsa dari Universiti Dongguk.Walaupun menjadi igauan ramai wanita, namun aktor ini tidak boleh bercinta secara terbuka kerana itu akan menjejaskan popularitinya.Gadis pilihannya ialah Yoona (SNSD).Dia pernah mempunyai dua orang teman wanita sebelum ini.





3) IU

  Digelar 'Korea Little Sister'.Kejayaan bintang Korea berusia 18 tahun ini bermula dengan album Growing Up pada tahun 2009 dan lakonannya dalam drama hit Dream High.IU turut disenaraikan sebagai lima bintang wanita yang mendapat tajaan tertinggi pada tahun lepas.Lelaki idamannya merupakan Taeyang (Big Bang). IU tidak sukakan lelaki yang terlalu menarik dan menyukai seseorang yang ghairah dengan kerja yang dilakukan.






4) Jang Geun Suk

  Jejaka kacak ini antara selebriti Korea yang memiliki rumah paling mewah.Pada usia 24 tahun, Jang Geun Suk telah menawan hampir 25 syarikat berbeza yang mahu menggunakan khidmatnya bagi melariskan produk.Cukup dikenali menerusi wataknya dalam You're Beautiful dan telah melancarkan album China dan Jepun.Aktor ini juga dikatakan pernah menjalin cinta dengan heroin You're, Park Shin Hye.Sukakan wanita yang feminin seperti Soo Ae.





5) Kim Hyun Joong

 Ketua kumpulan SS501 ini baru sahaja berusia 25 tahun.Dia telah mewakili rangkaian besar produk dari Samsung hinggalah kepada The Face Shop.Popularitinya mula melonjak ke peringkat antarabangsa menerusi watak Yoon Ji Hoo dalam drama Boys Over Flower.Meskipun memiliki wajah kacak dan kekayaan, namun Kim Hyun Joong merupakan individu berdarah jenis B.Menurut masyarakat Korea, seseorang yang dilahirkan dengan darah jenis itu adalah pilihan yang salah dalam perkahwinan kerana mereka sukar diduga dan mempunyai personaliti yang tidak tetap.Masih solo namun menga.ui meminati Honey Lee, Krystal (f(x)), Lee Hyori dan Kim Yuna.
        




Sumber : Majalah Hai edisi 20 Jun 2012 Bil. 717.

Custom Glitter Text

1 ulasan:

Miss Farah berkata...

yoona tiada ka kak?hehe