Halaman

Khamis, 25 Oktober 2012

HARI KEDUA : JELAJAH KOREA 2012


Custom Glitter Text




Jelajah Korea 2012 diteruskan pada hari kedua tempat yang dituju adalah Gyeonggi English Village.Mahu tahu apa itu GEV, let's check it out!

Pada 30hb Jun 2012 iaitu hari Sabtu, bangun saja daripada tidur punyalah 'bersemangat gila', senyum sampai ke telinga sebab apa?Sebabnya masih tidak percaya yang tubuh badan kami berada di bumi Seoul - sebuah tempat impian kami selalu sebelum ini.Rasa macam mahu tampar saja kedua-dua pipi kemudian hentak kepala ke dinding!Hahaha.Nasib baik nda pula dibuat masa tu.Haru biru jadinya nanti...^_^

Menu kami pagi ini makan Maggi Kari & minum Milo 3 in 1 buatan Malaysia.Yang bestnya di guesthouse kami ni ada dapur lengkap dengan peti sejuk yang besar, rice cooker, water dispenser, periuk kecil untuk masak Ramen berwarna keemasan (kebiasaan kita tengok dalam drama-drama Korea tu), paket Kopi 3 in 1, Ramen-ramen (maggi Korea) saiz 2x ganda daripada saiz maggi Malaysia dan juga ada disediakan mesin basuh beserta sabun serbuk pencuci dan pewangi / pelembut pakaian.Mesin basuh ini amatlah penting untuk kami sebagai 'backpackers traveler' maklumlah pakaian yang kami bawa sikit saja.Konon nda mahu berat-berat bawa banyak barang...Oh,ya!Pasal ramen Korea tu kami tidak sentuh langsung kerana tidak pasti halal ka tidak.Was-was!Semua tulisan dalam bahasa Korea!Huhuhu...

Selesai bersarapan pagi di dalam bilik, lebih kurang jam 10:00 pagi (waktu Korea) kami pun bergerak menuju ke Euljiro 3 (Sam) Ga Station yang mana boleh sampai di Exit 7 kurang 10 minit berjalan dari guesthouse.Dekat kan?Girl Generation Hostel ini boleh dikatakan agak selamat kerana ianya amat berhampiran dengan Balai Polis.Stesen Euljiro 3 (Sam) Ga Station ini merupakan perantara untuk transfer ke Line 2 dan juga Line 3.Di bawah terdapat Euljiro Underground Shopping Centre yang mana kami gelarkan ia sebagai Bandar Bawah Tanah yang 'hidup' - banyak kedai dan semua orang sentiasa berpusu-pusu mengejar masa.

Wah,udara pada masa ni mendung dan sejuk.Terasa nyaman!Nampak saja wajah-wajah orang Korea rasa 'keterujaan' tu lagi melambung tinggi!Mestilah kan..Hajat dah kesampaian untuk menjejakkan kaki ke bandar Seoul.Saranghaeyo!













Masuk saja ke dalam Euljiro 3 (Sam) Ga Station haruslah kami merakamkan gambar-gambar.Sebelum membeli beberapa biji 'bun' di Paris Baquette Cafe mestilah tangkap gambar dulu sebagai bukti!Hehehe...Jakun tahap ke berapa ni?Ah, nda kisahlah kan...Tiada juga orang kenal kami lebih-lebih lagi orang-orang Korea di sana.


Bagi menambah tahap 'kejakunan' kami, asal saja ternampak gambar artis-artis Korea terpampang dalam mana-mana iklan terus berposing sakan!'Mangsa-mangsa' aku adalah Song Joong Ki dan juga hero drama Korea FASHION KING Yoo Ah-In (sebagai Kang Young-Gul) yang ditayangkan pada bulan Mei 2012 saluran SBS 393 Astro OneHD.



















Ini route kami untuk ke Gyeonggi English Village:

[1] Euljiro 3(sam) ga Station (Line 2) –> 
[2]Wangsimni Station (Transfer ke Jungang Line) –> [3] Yongmun Station (Jungang Line).




















'Ourselves' in reflection!


T-Money




Lebih kurang 10:20 pagi (masa Korea) kami pun naik tren.Destinasi kami yang pertama pada hari ini adalah lokasi penggambaran drama BOYS OVER FLOWERS yang popular tu.Selepas tukar-tukar line, akhirnya jam 12:00pm kami pun selamat sampai di Yongmun Station.






Waffle yang sedap dan rangup!


Maintain senyum walaupun hujan sebenarnya pada masa itu


Yongmun Station




Oleh kerana, kami teringin sangat mahu merasa 'waffle made in Korea', adik Farah Yaakub pun singgahlah membeli dengan seorang Ahjumma (makcik Korea).Harga sebiji waffle 1200 Won.Waffle tu memang sedap dan rangup!Rasa macam mahu borong pula.Hehehe..Seterusnya, kami naik teksi ke Gyeonggi English Village dengan kadar tambang 2000 Won - 3500 Won (lupa pula amaun sebenar.huhu).Akhirnya, kami sampai di depan 'gate' EV tu lebih kurang 12:30pm (waktu Korea).Oleh kerana hujan kami 'terkecuali' daripada membayar entrance fee.Syukur Alhamdulillah jimat lagi!Kami meronda-ronda sakan sehingga 2:30pm (waktu Korea).


Jom layan gambar-gambar semasa berada di sana.

























Drama Korea BOYS OVER FLOWERS yang mempunyai 25 episod ini telah ditayangkan pada 05hb Januari 2009 hingga 31hb Mac 2009.Ianya diadaptasi daripada Japanese Shojo Manga series, HANA YORI DANGO ditulis oleh Yoko Kamio.Saluran asal adalah KBS2 dan mendapat sambutan yang hangat di Korea mahupun di lain-lain negara.Watak-watak utama terdiri daripada:-

Koo Hye Sun sebagai GEUM JAN DI
Kim So Eun sebagai CHU GA EUL (rakan baik Geum Jan Di)***

Ahli-ahli F4:
Lee Min Ho sebagai GOO JOON PYO
Kim Hyun Joong sebagai YOON JI HOO
Kim Bum sebagai SO YI JUNG
Kim Joon sebagai SONG WOO BIN




Gembira bukan kepalang!




Peluk jangan x peluk!Hahaha...




Me & adik Farah Yaakub









Sedikit sinopsis berkenaan drama BOF tersebut..Sekolah ShinHwa merupakan sekolah untuk golongan kaya dan elit.Goo Joon Pyo adalah waris kepada Global Corporation ShinHwa Group dan ketua kumpulan kepada F4 yang mana dia seorang yang agak bengis, kasar dan pemarah.



Dan Gyeonggi English Village ini adalah lokasi penggambaran kampus / sekolah ShinHwa  yang mana 80% daripada keseluruhan drama tersebut bertempat di sini.Makanya, sudah tentulah kami TERUJA amat apabila mampu menjejakkan kaki di mana Yoon Ji Hoo (Kim Hyun Joong) dan Geum Jan Di (Koo Hye Sun) pernah berada!Bah,apalagi sesi bergambar sakan berlangsung hingga 2 jam lamanya.Hahaha...


LEE MIN HO a.k.a. Goo Joon Pyo


KOO HYE SUN a.k.a. Geum Jan Di






Taraa..aku dgn payung LOVE RAIN adik Farah Yaakub!






Keep smiling!








Oh..My 2nd hero was here!Kim Hyun Joong a.k.a. Yoon Ji Hoo
































BOYS OVER FLOWERS yang menjadi 'ketidakwarasan otakku' suatu ketika dulu...






DVD Boys Over Flowers




Kim Hyun Joong yang aku minat giler suatu masa dulu...^_^


Hero-hero dan heroin drama Boys Over Flower


Bikin kesian pula tengok  Yoon Ji Hoo (Kim Hyun Joong) dalam scene ni...


Wow!boleh cair tengok senyumannya


Sweet Couple Geum Jan Di & Yoon Ji Hoo!(^_^)


Scene ni di Pulau Jeju kalau tidak silap...


Setelah memuaskan hati di GEV tersebut, kami bercadang terus ke Itaewon untuk mencari makanan halal.Lapar!Kami sampai di Itaewon dalam jam 5:00pm dan kerana lapar tahap kambing gurun masing-masing 'membantai' Turkish Kebab dengan harga 4000 Won sebiji.Agak mahal jugalah bila kita 'convert' ke Ringgit Malaysia.Lebih kurang RM12 untuk kebab bersaiz sederhana kecil.Kalau di Malaysia boleh dibilang dengan jari berapa kali saja aku makan kebab.Tapi, kebab yang kami makan memang sedap.Cuma aku nda berapa berkenaan dengan sayur-sayuran dalam kebab tu.Aku kan 'non-vegetarian' punya orang!Huhuhu...Nasib ko la yanie....:-(













Kpop & Kdrama Merchandise


Untuk ke Itaewon ini pula 'route'nya:



[1]Yongmun Station (Jungang Line) -> [2] Wangsimni Station (Transfer to Line 5) -> [3] Cheonggu Station (Transfer to Line 6) -> [4] Itaewon Station (Line6).









Selepas ronda-ronda sekitar Itaewon, kami bergegas balik ke guesthouse kesayangan kami tu GIRL GENERATION HOSTEL dalam jam 7:00pm (waktu Korea) kami terpacak di depan lobi.Rindu betul katil-katil tu dengan kami!Hehehe...


Balik ke guesthouse dari Itaewon, route kami 


[1] Itaewon Station (Line 6) -> [2]Yaksu Station (Transfer to Line 3) -> [3] Euljiro 3ga (Line 3)







Hari kedua ini agak memenatkan setelah puas meronda-ronda di beberapa tempat.Macam biasa kena rehat lagi sebagai persediaan hari esoknya.Jumpa lagi update seterusnya.Annyeong!






Custom Glitter Text

4 ulasan:

Miss Farah berkata...

kak, besarnya font. marah ka tu time menulis. hihi!

apa-apa pun, gambar memang terbaik! punya flawless kulit muka kita..haha =)

Norharyani Sanusi berkata...

farah:hahaha..geram kakak tu!hihihi

iya ka?cantek owh kakak edit pic kita...=)))

Miss Farah berkata...

haha~tp jgn terlampau edit kak..nnt hilang originality gambar tu..huhu

intanfirdaus247 berkata...

bila la kiter nak dapat pi sana ...apapun tq ye dalink terjah blog saya...dan dah folo..hope dapat jadi kawan /sahabat baik ya