Halaman

Ahad, 21 Oktober 2012

TRAVELOG KOREA: JELAJAH KOREA 2012 (HARI PERTAMA)


Custom Glitter Text

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera...




Nota : Entri rasmi pertama sedang bermula.


Pada 29hb Jun 2012 bersamaan hari Jumaat, Jelajah Korea 2012 bermula.Seawal pagi kami telah berada di LCCT, Kuala Lumpur bersedia untuk memulakan perjalanan kami berdua iaitu bersama adik Farah Yaakub yang comel-loteh tu.Hehehe.Jauh di sudut hati sebenarnya memang sangat berdebar-debar kerana antara percaya atau tidak, betulkah kami berdua akan menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan tanpa adanya 'tour guide' pun? Rata-rata kaum keluarga, sanak saudara dan teman-teman tidak percaya akan kemampuan dan keberanian kami berdua. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan!Ni la penangan 'Korean Wave' yang sedang melanda di seluruh dunia. Dalam jam 7:30 pagi, kami bersarapan dengan hidangan mihun goreng + telur goreng mata lembu + sambal.Ala kadar cukup untuk mengisi perut...Alhamdulillah!


Berkenaan dengan Jelajah Korea 2012 ini, sememangnya 'tugas dan tanggungjawab' untuk membuat persediaan mencari info-info sebanyak mungkin ataupun bahasa ringkasnya 'research' misalnya tempat penginapan, pengangkutan, tempat-tempat yang akan dilawat, makanan minuman dan sebagainya aku serahkan kepada adik Farah Yaakub 100% memandangkan aku sendiri terlalu sibuk dalam menjalankan tugas seharian di pejabat lebih-lebih lagi membabitkan urusan harta-tanah. Sudah tentu 'Pakcik Google, Makcik Google Earth dan juga si Kakak Maps' la yang menjadi teman setia kami berdua.
Begitu juga, kami selalu buat review dalam beberapa blog contohnya http://kakiberangan.blogspot.comhttp://jelajahkorea.blogspot.com/  dan juga http://destinasikorea.wordpress.com etc.
Kamsahamnida!

Jelajah Korea kami ini dinamakan LOVE RAIN EXPEDITION 2012 diambil bersempena dengan tajuk drama Korea LOVE RAIN yang ditayangkan melalui saluran KBS World pada bulan Mac 2012 yang lalu - gabungan lakonan mantap JANG GEUN SUK (my lovely Prince) dan juga Yoona SNSD (diminati oleh adik Farah Yaakub). Nama jelajah tu pun nampak hebat bukan? Haruslah kan...=)))


Kalau ikut perancangan asal sebenarnya aku akan melawat negara Korea bersama teman-teman sekuliah pada penghujung Disember 2012 ini. Tapi, memandangkan plan tu 50-50 aku terus berganjak ke plan kedua. Malangnya, my buddies Abzzone Empayar & Fiez Fyzha pula akan ke Singapore dan juga ke Jakarta dalam tahun ini jadi dari segi bajet dan perbelanjaan memang tidak membantu malah jadi buntu!Huhuhu... Maka, plan ke Korea pada bulan September 2012 pun terpaksa dibatalkan! Sedihnya...Geram punya geram, aku ajaklah adik Farah Yaakub ke Korea kebetulan dia pun memang fanatik lebih-lebih lagi dengan 'adiknya' si Yoona SNSD tu!Hehehe..Seingat aku awal pagi 15hb Mac 2012 tu, aku beli tiket promo AirAsia KL-Incheon untuk kami berdua di mana trip kami akan bermula pada 29hb Jun 2012 hingga 06hb Julai 2012 selama 8 hari 7 malam.Nah ambik kau labu!!!!Baru puas hati kami!Hahaha...


Okay,di bawah ini adalah details tiket penerbangan kami menaiki pesawat AirAsia X.



Flight Details
Flight D7504(ECONOMY PROMO)

Berlepas : Kuala Lumpur (LCC Terminal)

Fri 29 Jun 2012, 0900 hrs ( 9:00AM)

Ketibaan : Seoul - Incheon (ICN)

Incheon International Airport
Fri 29 Jun 2012, 1620 hrs ( 4:20PM)



Flight D7505 (ECONOMY PROMO)

Berlepas : Seoul - Incheon (ICN)

Incheon International Airport
Fri 06 Jul 2012, 1725 hrs ( 5:25PM)


Ketibaan : Kuala Lumpur (KUL)
Kuala Lumpur (LCC Terminal)

Fri 06 Jul 2012, 2255 hrs ( 10:55PM)




Jumlah keseluruhan adalah RM2084.00 untuk dua orang termasuk segala cukai.Bermaksud seorang ialah RM1042.00 sahaja bagi tiket promo AirAsia.Jadi betullah kan motto dorang 'Everyone Can Fly' tu..Hehehe...Walaupun agak 'mahal' jgk untuk rakyat marhaen seperti kami, tetap digagahkan jua!



Jelajah Korea 2012 ini boleh kami katakan sebagai percutian bajet untuk kami berdua memandangkan kami membuat pilihan sebagai 'backpackers traveler' dengan bajet yang ciput!Aku hanya membawa satu beg sandang belakang (semua benda disumbat dalam tu), beg silang warna coklat (beli di Singapore jadi mahu dirasmi konon di Korea), kamera DSLR jenama Canon dan juga bekalan makanan seperti Maggi Kari (2 Pek = 10 bungkus), biskut Orea & Tiger dan juga Milo 3 in 1 (1 paket besar ada 20 paket kecil di dalamnya).Semua makanan kering itu kami sumbat dalam beg hitam adik Farah Yaakub.


Setelah mengharungi 6 jam perjalanan dengan menaiki penerbangan AirAsia X No. D7 504 Kuala Lumpur - Incheon International Airport masing-masing seat 9A dan 9B, lebih kurang 04:20pm (waktu Korea) kami selamat mendarat dan tiba di bumi Korea Selatan.Semasa kapal sedang mendarat sempat lagi kami meninjau dan menghayati panorama indah yang tersedia di depan mata.Ya Allah, kami benar-benar kagum dengan keindahan landskap di Incheon International Airport, cuaca yang berkabus dan dingin, serta antara percaya atau tidak kelihatan berpuluh-puluh deretan kapal terbang KOREAN AIR berada di landasan!Dan kami memang 'tidak mahu percaya' yang jasad kami berada di Korea.


Akhirnya, "angan-angan tak sudah" kami tercapai juga dengan berbekalkan keazaman, keyakinan dan keinginan yang kuat!Bukan calang-calang orang yang berani merisikokan diri ke negara orang tambah-tambah lagi 'language barrier' di mana hanya kami berdua sahaja yang macam 'orang hilang akal' ini dapat menjejakkan ke bumi Seoul buat pertama kalinya dalam sejarah hidup kami.Rata-rata orang-orang Korea yang kami jumpa pun kehairanan dengan kecekalan hati kami 'standing in the eyes' di tengah-tengah bandar Seoul yang gah itu.Nah, baru tahu 'kegilaan & ketidakwarasan' diri kami!:-D
















*Kelima-lima gambar di atas adalah sumber daripada Google*

Bab tandas pula, aku betul-betul kagum dengan teknologi negara Korea.Seperti gambar di atas 'mangkuk tandas' ini dipanggil Auto-Sensor Sanitary Toilet Seat yang mana tempat duduk tu kena balut dengan plastik.Selepas kita gunakan 'plastic cover' tu akan secara automatik berganti sendiri.Ada juga jenis manual yang mana adanya butang / punat ditekan terlebih dahulu sebelum plastik bertukar kepada yang baharu.Pertama kali jumpa dan guna tandas seperti ini di Incheon International Airport.Tersangatlah bersih dan maju!Kira jakun juga la bila tengok dengan mata sendiri.Hehehe



Incheon International Airport

Setelah selesai pemeriksaan Imigresen yang agak ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, kami bergegas keluar untuk menukar  wang USD kami yang tidak seberapa itu dengan mata wang Korean Won di KEB (Korea Exchange Bank).Kemudian, adik Farah Yaakub masuk ke kedai serbaneka GS25 membeli 2 keping T-Money dengan harga 6000 Won dan tambahan 'top up' sebanyak 20,000 Won setiap satu kad.Kegunaan T-Money ini lebih kurang macam 'touch n go'.Bila T-Money sudah dibeli kami pun dengan riang gembiranya berjalan menuju ke A'Rex Airport Railway (Incheon International Airport Station) untuk ke bandar Seoul bagi urusan daftar masuk di penginapan yang kami telah 'online booking' @ Girl Generation Hostel, Arista Building, Euljiro 3 (Sam) Ga, South Korea.Masa perjalanan dari airport ke tempat penginapan kami lebih kurang 1 jam 10 minit dengan melalui 14 buah stesen dan kadar tambang KRW 3850.Murah kan?Kalau tukar ke RM tidak lebih 12 ringgit berbanding naik Airport Shuttle Bus 10000 Won = RM30.Jimat RM18!;-)


Ini adalah route kami menaiki subway:


[1] Incheon International Airport Station (Line A’REX - Airport Railway) –> [2]Hongik University Station (Transfer ke Line 2) –> [3] Euljiro 3(sam) ga Station (Line 2). 



Lebih kurang 8:30pm (waktu Korea), kami pun selamat tiba di depan pintu guesthouse.Penat jangan cakaplah...Sukar digambarkan dengan kata-kata sampai lemah longlai, jatuh terduduk dekat lobi guesthouse.Apa tidaknya, semasa kami sampai di Euljiro 3 (Sam) Ga Station kami tersesat cari jalan keluar.Berulang-alik ke kiri ke kanan.Jalan punya jalan rupa-rupanya kami mesti ikut laluan Exit 7 untuk ke Girl Generation Hostel tu sebab lagi dekat dari situ.Btw, kami just try and error!




Inilah bilik tumpangan kami untuk 5 hari














Oleh kerana, tempoh menginap di Girl Generation Hostel selama 5 hari kami diberi diskaun sebanyak 5%.Untuk Domitory Room (with private bathroom) caj dikenakan adalah 45,000 Won untuk satu malam.Kalau 5 hari sepatutnya kami bayar 225,000 Won tapi kami hanya perlu membelanjakan 210,000 Won sahaja yang mana kalau dalam Ringgit Malaysia sebanyak RM630.Oh,ya!Harus diingatkan tukaran wang asing ini tidak menentu kadarnya.Kadang-kadang dalam 1000 Won = RM2.80.Tapi, masa kami pergi ke Korea tu lebih kurang RM3 = 1000 Won.Fuh, lumayan juga la...Huhuhu


Kami betul-betul PENAT!Masuk saja dalam bilik terus membaringkan diri di atas katil rehat sekejap.Kemudian, bergilir-gilir mandi.Sementara menunggu, aku sempat update status d Facebook!KOREA here I Came!!!!Masih tidak percaya telah berpijak di bumi yang nyata.Lucu rasanya kalau dikenang kembali gelagat kami masa itu.So, untuk hari pertama di bumi Korea setakat ini sahaja dulu coretannya.Bagi membaca pengalaman kami berdua dalam versi adik Farah Yaakub, sila klik link ini http://running-ladies.blogspot.com bagi mengikuti kisah percutian bajet ke Seoul, Korea Selatan yang lalu.Moga anda gembira!


Sekian.Nantikan pula hari kedua siri Jelajah Korea 2012 kami.(^_^)

























































































































































































































































Custom Glitter Text

3 ulasan:

Miss Farah berkata...

kak, banyak betul space kosong bawah entry ni. huahua

Norharyani Sanusi berkata...

Miss Farah:nda kakak tau knapa jadi bgtu...huhu.ada2 jak silap!hehe

ety berkata...

tertarik dengan pengalaman awak...saya cuma nak tahu keadaan dalam kapal terbang....adakah tidak sama dengan kapal terbang untuk perjalanan international seperti ke Indonesia atau pun sama jer...atau pun lebih selesa...