Halaman

Rabu, 10 Oktober 2012

KERANA MU DRAMA KOREA...


Salam ceria...

Kalau adik Farah Yaakub telah membuat entri 'Saya dan Korea Selatan' dalam blog peribadinya, nah saya pun tidak terkecuali tapi tajuknya KERANA MU DRAMA KOREA.

Ok ka jgk?Hihihi...(Nda mau 'kalah' plak dengan si Farah!) Xoxoxo...
Sebut jak pasal Korea ni nda kisah la drama-drama korea (Kdrama) ataupun lagu-lagu korea (Kpop) ni sememangnya tidak asing lagi dengan kita semua. Apatah lagi HALLYU (Gelombang Korea) makin menular sejak dua tiga tahun kebelakangan ni. 
Saya pun mmg nda terkecuali la...Hehehe. 


Ingat lagi zaman diploma di UiTM Sabah Kampus Kota Kinabalu tahun 2002, 
nah drama Korea WINTER SONATA tu la yang menjadi kegilaanku smpi lebam biji mata menangis-nangis sedih kunun bila penghayatan terlebih-lebih!Wakaka...
Lucu plak bila diimbas kembali. Pastinya hasil lakonan yang mantap daripada hero Bae Yong Joon sebagai Kang Joon-Sang dan juga heroinnya Choi Ji-Woo sebagai Jeong Yoo-Jin. Check it Out!



WINTER SONATA




BAE YONG JOON


'SCENES' YANG MENARIK DALAM DRAMA WINTER SONATA (2002)


Pastu drama Autumn in My Heart (tahun 2000) pun dilayan jgk di mana dibarisi oleh heronya Song Seung Heon sebagai Yoon Joon-Suh dan heroinnya Song Hye Kyo sebagai Yoon/Choi Eun-Suh.Fuhhhh...Tangkap leleh jgk la melayan drama-drama korea ni!



AUTUMN IN MY HEART (2000)


SONG SEUNG HEON & SONG HYE KYO


CHOI WOO HYUK & MOON GEUN YOUNG



Bertahun-tahun nda layan drama korea ni sebenarnya. 'Ketagihan' ni (addicted) datang balik disebabkan pada suatu hari tu saya telah menukar astro biasa kepada astro beyond.
Ya la kan...beli tv LCD haruslah menukar ke Beyond!=) Tukar punya tukar rupa-rupanya pakej Beyond saya tu termasuk jugak channel 393 OneHD. Wah, semuanya KOREA!!!!
Sempat tengok masa tu drama Love You Thousand Times. Memang best ceritanya...
Tapi masih boleh 'diselamatkan' lagi 'ketagihan' saya pada masa itu...(^_^)

Tup3x bila layan drama Korea 49 Days adede...betul-betul saya 'tangkap cintan' dengan drama Korea lagi. Dengan erti kata lain 'KDRAMA ADDICTED'!
Asal ke Shopping Complex mesti singgah kedai jual DVD contohnya kedai Speedy dan sekurang-kurangnya satu koleksi drama Korea mesti saya rembat bawa ke rumah!Hihihi...



LEE YO-WON & JO HYEON-JAE


JUNG II-WOO


NAM GYU-RI (HEROIN PERTAMA) ---> SEBELAH KANAN


Semuanya bermula disebabkan 'ketaksuban' dengan drama-drama Korea yang sentiasa memaparkan perjalanan hidup kita sebagai insan biasa yang kemungkinan besar pernah berlaku dalam hidup kita mahupun orang lain. Pengisian drama-drama tersebut kadangkala memberi pengajaran berguna kepada diri kita sendiri.

# Pesanan : Minat sesuatu biarlah berpada-pada!=)

3 ulasan:

Miss Farah berkata...

Hihihi~taksub ni! =p

Azian Elias berkata...

Hi Yanie..

Jumpa kat sini ye..

we all pun satu rumah suka tgk drama korea ni.. lagi2 bila dah ada beyond astro .. haruuu..

Norharyani Sanusi berkata...

kak Azian..

hehehe..a'ar jumpa d sini.baru nk belajar buat blog ni kak.lmbt sikit nk update.huhuhu