Halaman

Rabu, 31 Oktober 2012

KOREAN FOOD FESTIVAL @ 1BORNEO HYPERMALL, KOTA KINABALU


Custom Glitter Text


Petang tadi aku pergi melawat 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.Wah,ada pula Korean Food Festival sedang berlangsung.Ianya diadakan bermula hari ini 31hb Oktober 2012 sehingga 04hb November 2012.

Nampak beberapa 'booth' untuk makanan kering seperti Korea No. 1 Instant Noodle Shin Ramyun.Harga 5 paket lebih kurang RM19.90.Maknanya, satu paket dalam RM4!Huhuhu..Agak mahal tapi saiz 2x ganda berbanding Mi Segera kita.Minuman tin pula jenama keluaran Lotte.Tapi, aku nda beli pun!Aku sekadar meninjau-ninjau...(^_^)

Seperti kebiasaan asal saja nama KOREA mestilah ada penyambut tetamu perempuan pula siap memakai baju tradisional Korea iaitu Hanbok.Orang lain masuk boleh pula cakap ANNYEONGHASEYO!Tetapi, bila giliran aku senyap saja mereka.Ini tidak adil!Memilih kasih pula.Hahaha.Apapun, aku berharap agar suatu hari nanti dapat juga aku menyarungkan Hanbok ini.

Bah, jom layan beberapa keping gambar di bawah ini.














Akhir kata, kepada orang ramai yang berada di sekitar Kota Kinabalu silalah datang menjenguk 'booth-booth' di Korean Food Festival ini.Mana tahu ada yang berkenan.

Kamsahamnida!Annyeong....


1 ulasan:

Anwar Abdullah @ Kaio berkata...

korean food ah? minat kpop tak? heheh.. kadang2 pelik jugak kenapa orang ketagih tgk running man? hurmm...

jemput lah singgah blog.
http://iluvtour.com