Halaman

Jumaat, 23 November 2012

PENCARIAN BLOGLIST DISEMBER 2012

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari...


Kali ni aku mahu join segmen PENCARIAN BLOGLIST DISEMBER bagi menambahkan kenalan a.k.a. Follower!(^_^)

Syarat-syarat ada di sini NurFara-Hani.Hanya klik sahaja.Ok?







Ianya akan TAMAT  pada 


28 NOVEMBER 2012
( 11.59 PM )

Bye-bye!

Khamis, 15 November 2012

SEGMEN HOLIDAY 2012





Kali ini aku join Segmen Holiday 2012 yang dianjurkan oleh adik Ameera.Klik untuk lihat syarat-syarat segmen ini ---> http://ameera-itsallboutlife.blogspot.com/2012/11/segmen-holiday-2012.html yang mana kena follow blog ameera dan twitter acc.


Segmen ini akan tamat pada 30hb Disember 2012.




SEGMEN = JOM FOLLOW SEMPENA CUTI SEKOLAH





Sempena cuti umum Awal Muharram hari ini, aku cuba join segmen adik Ain bagi tujuan menambahkan follower.Ianya bermula dari 13 November 2012 hingga 27 November 2012 dan akan TAMAT pada jam 10 Malam.



Tapi sebelum tu ada beberapa syarat yang perlu diikuti.Sila klik link ini ---> http://cikyayastory.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-sempena-cuti-sekolah.html

Jadi, apa kata JOM ramai-ramai join segmen ini!^_^







SALAM MAAL HIJRAH 1434


Salam Maal Hijrah 1434 kepada semua muslimin muslimat walau di mana jua berada.Hari ini merupakan Awal Muharram bermakna kita telah memasuki Tahun Baru dalam kalendar Islam.

Kalau dulu-dulu semasa kecilku, aku selalu menghadiri acara Sambutan Maal Hijrah ini di Daerah Kudat.Pernah juga ikut berarak ramai-ramai.Indahnya masa itu.

Momen paling manis apabila aku menyertai Pertandingan Syarahan/Pidato Maal Hijrah sehingga ke Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Karamunsing , Kota Kinabalu yang mana aku mewakili Bahagian Pantai Barat Utara (iaitu daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas & Kota Belud).Masih ingat lagi, semasa itu arwah Abahku Sanusi B. Ondu yang mengiringi aku ke pertandingan Pidato Peringkat Pantai Barat Utara (PBU) di Dewan Masyarakat Kota Belud.Semua peserta adalah lelaki kecuali aku perempuan.

Tidak ku sangka aku boleh menjuarai pertandingan tersebut dengan tajuk Pidato ku "SEPERTI KETAM MENGEJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS".Teks pidato aku yang sediakan sendiri.Terasa puas!Dan paling aku gembira adalah  diriku jadi kebanggaan arwah abahku masa itu sehinggalah ramai rakan arwah abahku mengucapkan SYABAS & TAHNIAH kerana anaknya yang seorang ini boleh menang jadi Johan pula tu mengalahkan kaum adam...Hehehe.Tidak pernah dalam sejarah hidupku, arwah abahku ikut sama denganku dan boleh pula jadi juara.Tapi itulah kenangan terakhir ku bersama dia.Al-Fatihah....

Kadangkala, pada sambutan Maal Hijrah di Kudat sebelum-sebelum ini aku akan diundang untuk mendeklamasikan Puisi Berunsur Islam.Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?Rupa-rupanya 'darah seni' arwah abahku mengalir dalam darahku juga.Alhamdulillah...Cuma bakat yang ada ini tidak terus digilap dengan sepatutnya.Huhuhu.Mudah-mudahan suatu hari nanti aku boleh terus berkarya seperti mana hayat arwah abahku.InshaAllah...

Sebut saja pasal Maal Hijrah ini, perkataan HIJRAH itu sendiri bagiku adalah suatu proses untuk diri kita berubah, merubah dan bersedia diubah supaya menjadi insan yang lebih baik, lebih mulia dan bermakna dalam mencari redha Allah SWT di dunia fana ini demi kejayaan dunia dan akhirat.

Seperti mana Firman Allah SWT dalam kitab Al-Quran:

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'.

Manakala, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” 






Tema Sambutan Maal Hijrah 1434H ini adalah

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH" 















Mudah-mudahan dengan hadirnya tahun baru Hijrah ini hidup kita akan lebih diberkati dan sama-samalah memperbanyakkan amal ibadat kita kerana diri kita ini adalah khalifah Allah SWT di muka bumi ini.Ingatlah dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.Wallahualam bissawab!

Isnin, 5 November 2012

TAMU TUARAN DI PAGI AHAD

Pagi Ahad semalam aku dan En. Suami meronda-ronda sekitar Tamu Tuaran.Tamu mingguan ini menjadi platform yang mudah dalam memasarkan dan berurusniaga bermacam-macam produk tempatan seperti pokok tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran, hasil laut (ikan, sotong, ketam, udang & siput), makanan minuman bermasak, pelbagai jenis pakaian dan tudung, binatang peliharaan serta perkakasan rumah.Harga yang ditawarkan agak murah berbanding di tempat lain.


Hanya beberapa keping sahaja dapat tangkap gambar semalam.Baru beberapa minit sampai di tamu, tiba-tiba hujan turun pula.Betul-betul merosakkan 'mood'!Huhuhu...



En. Suami sedang memilih parang yang hendak dibeli

'Parang' yang dijual di tamu


Okay, sedikit info..
TAMU merupakan hari pertemuan masyarakat setempat dalam sesebuah daerah untuk menjalankan urusniaga jual beli barangan keperluan harian seperti hasil pertanian, perikanan dan pelbagai jenis barangan lain. Ianya telah wujud di setiap pekan di Negeri Sabah sejak lama dulu. Hari Tamu biasanya diadakan pada hari Ahad yang juga dikenali sebagai Hari Minggu.Namun demikian, setiap daerah di Sabah ini masing-masing menetapkan hari Tamu Minggu ini bila diadakan.Kebanyakan Tamu Minggu ini beroperasi seawal 6:00pagi sehinggalah jam 2:00 petang.


Buah Tarap harga RM7/sebiji.Mahalnya!Tapi terpaksa juga beli memandangkan makcik tu sudah pegang 'bahai' (plastik).Psiko betul makcik tu...hahaha

Pokok-pokok pelbagai jenis


Sayur-sayuran kampung






Hasil 'tangkapan' dari tamu ini, aku telah membeli sebiji buah tarap (harga RM7/sebiji), sayur kangkung (harga RM1), halia (harga RM1), sayap ayam panggang & buntut ayam (harga RM8), minuman 3 cup (harga RM3), dan sehelai topi yang comel (harga RM8).Manakala, En. Suami pula akhirnya sampai hajat juga membeli sebilah parang berharga RM35.00.Akan datang kami akan membuat lawatan tapak ke Tamu Jalan Gaya pula (hari minggu/ahad).InsyaAllah....

Sekian.


Ahad, 4 November 2012

SEGMEN : FOLLOWER BAWAH 400

Salam 1Malaysia semua...

Hujung minggu ni semangat pula mahu tambahkan follower ku memandangkan berapa orang sajalah yang sudi follow blog ku sebelum ni.So,aku join Segmen Fendy untuk pertama kalinya.






Syarat segmen: 

 1. Buat entri : Segmen Follower bawah 400 (sesiapa yang mempunyai follower bawah 400) 

 2. Tampal banner glowing atas tu...haha 

 3. Follow peserta yang join segmen ini

 4. Done (gua akan senaraikan peserta yang join segmen ni)
 
 5. Gua akan follow sekali peserta tu sebagai tanda terima kasih 

 6. Nak tag atau tak terpulang buat korang.

 7. Letak link anda ke ruang komen bawah ni..

#Silalah support & follow blog saya yang tidak sebeberapa ini.TQVM!

AYAM PENYET RIA


Semalam aku dan En. Suami makan malam di Ayam Penyet Ria, 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.Tetiba tekak rasa nak makan ayam penyet pula...:-D

Bagi aku berbanding Ayam Penyet di Koki Bandung, Alamesra, Kota Kinabalu tu aku lebih suka masakan di Ayam Penyet Ria ni sebab ianya memenuhi citarasa kami berdua.Apa-apa pun terpulang kepada anda yang mana satu lebih anda suka.Ini sekadar pendapat kami sahaja.

Jom kita layan gambar-gambar di bawah ini...




Sebelah kiri Milo Dinosour (RM3.50) dan Kanan pula Milo Ais (RM3.00)

Ayam Penyet (bahagian Paha) harga RM8.70 + Nasi Putih RM1.50 sepinggan

Sedap!



Kalau nak cuba sila berkunjung ke premis mereka di...

Ayam Penyet Ria
C-227, Concourse Floor,
1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.



KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA DI TUARAN, SABAH

Salam hujung minggu semua...


Tadi sempat singgah Kedai Serbaneka Rakyat 1Malaysia berhampiran tempat tinggal ku.Minggu lalu baru perasan kedai ini wujud.Alhamdulillah, boleh la berbelanja di sana.Sebab utama ianya dekat dengan kawasan perumahan ku walaupun masih juga kena menaiki kereta.Sekurang-kurangnya tidaklah juga menapak berkilo-kilometer ke Indah Permai ataupun Salut Commercial Centre mahupun ke Pekan Tuaran untuk berbelanja barangan dapur.


Melalui web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Jabatan Penerangan Malaysia.
'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.  Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak  diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.
Perbezaan Kedai Rakyat  1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”.  Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.
Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka.  Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.
Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran  Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah,  ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.


KR1M East Malaysia K01 (MRT RETAIL SDN BHD 940947-T), Jalan Lebuhraya Sulaman, Kampung Lok Batik, 89208 Tuaran, Sabah.Tel:088-792271

Mudah untuk dicari kerana ianya berdekatan dan bersebelahan dengan Tuaran Crocodile Farm



Beberapa maklumat juga boleh diperolehi melalui web KPDNKK seperti di bawah ini:-
SOALAN-SOALAN LAZIM KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M)
FAQ UMUM KR1M

1. Apa itu KR1M?
KR1M adalah singkatan akronim bagi kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). KR1M ialah kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan pada harga sehingga 50% lebih rendah berbanding barangan sama berjenama, namun kualiti tetap diutamakan.
2. Siapakan pemilik KR1M?
Kerajaan merupakan pemilik KR1M. Malahan, tanda niaga ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ (KR1M) serta jenama produk ‘1 Malaysia Kedai Rakyat’ (1MKR) juga telah didaftarkan sebagai hak milik Kerajaan.
3. Mengapa barangan KR1M murah?
KR1M mampu menawarkan harga rendah kepada pengguna kerana:
i. penjimatan dari segi kos pengiklanan antara 20% hingga 30% dengan pembungkusan yang mempunyai label generik 1Malaysia;
ii. pembelian barangan secara pukal daripada pengusaha IKS tempatan; dan
iii. operasi KR1M yang tidak berorientasikan keuntungan.
4. Apakah produk yang dijual di KR1M?
KR1M menjual 284 produk 1Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) seperti beras, roti, air mineral, telur ayam, lampin bayi pakai buang, makanan sejuk beku dan barangan keperluan pengguna yang lain (tidak termasuk barangan basah).
5. Berapa banyakkah KR1M yang akan dibuka oleh Kerajaan?
Sebanyak 85 buah KR1M akan dibuka di seluruh Malaysia menjelang penghujung tahun 2012.
6. Bilakah waktu operasi KR1M?
Bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 11.00 malam dan beroperasi sepanjang tahun.


Di bawah ini beberapa barang yang aku beli di KR1M tadi:-

RM1.20 (60ML)

RM5.80 (500G)

RM1.60 (340GM)

RM8.50 (825ML)


Keseluruhannya, KR1M ni bersih, kemas dan teratur.Harga pun agak berpatutan.Cuma masih banyak barangan keperluan perlu ditambah.Dan bukan semua barangannya ada label KR1M.Bermaksud barangan bukan label KR1M harganya tidak la murah mana pun seperti Giant Supermarket tu (produk Giant keluaran mereka sendiri harga agak murah berbanding bukan produk keluaran mereka).

Justeru, saya sarankan orang ramai yang tinggal berdekatan pergilah berkunjung ke Kedai Serbaneka KR1M di Tuaran, Sabah ini.Sama-samalah kita menyokong usaha murni Kerajaan Malaysia dalam mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia ini demi kebaikan rakyat-rakyatnya.Peace No War!!!!

Sabtu, 3 November 2012

HARI KETIGA : JELAJAH KOREA 2012


Custom Glitter Text






Entri kali ini terpaksa mengambil masa yang agak lama.Bukan apa, banyak tugasan pejabat yang mesti diselesaikan dengan segera.Serba serbi memberi tekanan!Huhuhu.Akan tetapi, aku akan cuba menyiapkan siri Jelajah Korea 2012 kami yang lalu.Harap sangat boleh menyudahkan kesemua entri sebelum berakhirnya tahun 2012 ini.

01hb Julai 2012 bersamaan hari Ahad - Hari ini kami agak lewat keluar dari Guesthouse lebih kurang jam 1:00pm (waktu Korea).Penat semalam masih terasa.Memandangkan tempat tinggal kami ini ada menyediakan mesin basuh dan pakaian yang kami bawa juga agak terhad, maka kami harus mencuci kesemua pakaian kotor sebelum berjalan-jalan lagi.Sambil menunggu seperti kebiasaan kami bersarapan terlebih dahulu dengan Milo 3 in 1 dan juga Maggi Kari dari Malaysia.Sudah 3 hari berada di sini langsung tidak menjamah sebutir 'nasi' pun!Dalam fikiran kalau seminggu berada di bumi Korea sudah tentu berat badan kami pun akan ada susutnya beberapa kilogram...Hehehe

Jadi rencana kami untuk hari ketiga ini ialah Open Hall SBS di kawasan Deungchong-don.Aku tengok adik Farah Yaakub begitu teruja.Sebenarnya aku pun turut sama juga teruja tapi rasa 'ketidakpercayaan' ku  bahawasanya kami ini berada di sini masih ada.Aku tertanya-tanya juga sekiranya terserempak dengan Kpop Idol apa yang patut aku buat?Menjerit sekuat hati?Menangis?Ketawa terbahak-bahak sehingga airmata mengalir?Oh tidakkkkk...Aku tidak mahu semua itu terjadi.Biarlah sekadar menyaksikan ketaksuban peminat-peminat Kpop Idol dan senyum-senyum sendiri.


Seperti biasa kami menaiki tren dan ini adalah perjalanannya:


[1] Euljiro 3ga Station (Line 2) -> [2] Dangsan Station (Transfer to Line 9) -> [3] Gayang Station (Line 9). Ambil Exit 10.



Arista Building di mana Girl Generation Hostel berada



 Balai Polis berhampiran dengan guesthouse kami

'Snap' dulu.Nasib baik ada wanita Korea sudi membantu kami pada masa itu.Kamsahamnida!


Pintu subway keluar-masuk Stesen Euljiro 3 (Sam) Ga

Pssstttt...ada 'couple' sedang berdating Oooo...



Semasa berada di Dangsan Station (transfer ke Line 9) ternampak sebuah kedai menjual casing handphone yang comel-comel belaka dan cantik.Bab-bab ni aku memang suka.Bah apalagi aku pun rembat la satu casing tu 'made in Korea'...Suka!!!!

Oleh kerana kami tertarik dengan casing handphone yang pelbagai warna dan reka bentuknya sempat lagi aku minta dengan adik Farah Yaakub ambil gambar.Pada mulanya kami curi-curi snap takut kedapatan konon.Sekali tengok dorang tidak kisah pun.Buat penat saja jadi "James Bond"!Hahaha...Moralnya, lain kali berani-beranikan diri untuk bertanya.Ok?







New one...^_^ Remaja lelaki Korea ni sempat lagi 'memuji' kononnya Galaxy Note ku tu 'CLEAN'!Wah,bangga pula..Hihihi

Cute kan?


Comel-comel belaka



Jalan punya jalan, turun naik - turun naik tren akhirnya kami tiba di Gayang Station lebih kurang jam 3:00pm (waktu Korea).Kami ikut laluan Exit 10 dan setelah berjalan beberapa langkah kami pun sampai di depan bangunan Open Hall SBS.Fuh,punya ramai remaja perempuan sedang berkumpul masa tu.


Di depan lagi bangunan Open Hall SBS tu...;-)

Bas Kumpulan KPOP ZE:A.Banyaknya 'signature'!Bas pun jadi mangsa...

Aku x minat pun dengan kumpulan ni tapi ambil gambar sebagai kenang-kenangan


Depan bangunan Open Hall SBS

Tengok tu ramai 'bertenggek' di tepi pagar bangunan Open Hall SBS

Tengok tepi jalan sebelah kanan ada bas ZE:A dan juga beberapa buah kereta yang mana salah satunya kami ternampak ada tag nama JYP Entertainment.Seperti adik Farah Yaakub, aku juga tidak minat mana pun dengan kumpulan ZE:A ni kecuali yang aku kenal si Hwang Kwanghee melalui rancangan Strong Heart.Dia memang  kelakar orangnya!

Menurut adik Farah Yaakub, masa tu sedang berlangsung rakaman SBS Inkigayo yang mana artis-artis terlibat ialah Infinite, Wonder Girls, f(x), Boyfriend, Dal Shabet, G.Na, Teen Top, After School dan ramai lagi.Patutlah remaja-remaja perempuan KOREA kebanyakannya berkumpul dan melepak di luar bangunan tu.Kpop Idol pula di dalam bangunan Open Hall SBS.


Oh,ya!Running Man pun pernah buat rakaman di sini dalam Episode 42 yang mana tetamu jemputan Heo Young Saeng (SS501).Cute betul dia dalam episod ni.Aku suka tau!:-D






Adik Farah Yaakub sedang bertanya dengan remaja Orang Putih ni tapi dia langsung x faham pun English!Apa daa...





Hanya bergambar dengan iklan Park Ji Sung pun x apa la kan...Hehehe


Selepas penat melihat bermacam-macam gelagat peminat fanatik Kpop Idol tu ,kami pun bergerak meninggalkan Open Hall SBS sebab kami kena cepat ke tempat seterusnya Bangunan Headquarters SBS di Mokdong memandangkan hari sudah sampai ke petang.Itulah siapa suruh lambat-lambat keluar dari guesthouse kan?Rasakan...


Okaylah, setakat ini dahulu travelog ku.Entri untuk Jelajah Korea 2012 di Headquarters SBS, Mokdong aku akan buat kemudian.Tunggu!