Halaman

Ahad, 4 November 2012

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA DI TUARAN, SABAH

Salam hujung minggu semua...


Tadi sempat singgah Kedai Serbaneka Rakyat 1Malaysia berhampiran tempat tinggal ku.Minggu lalu baru perasan kedai ini wujud.Alhamdulillah, boleh la berbelanja di sana.Sebab utama ianya dekat dengan kawasan perumahan ku walaupun masih juga kena menaiki kereta.Sekurang-kurangnya tidaklah juga menapak berkilo-kilometer ke Indah Permai ataupun Salut Commercial Centre mahupun ke Pekan Tuaran untuk berbelanja barangan dapur.


Melalui web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Jabatan Penerangan Malaysia.
'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.  Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak  diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.
Perbezaan Kedai Rakyat  1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”.  Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.
Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka.  Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.
Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran  Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah,  ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.


KR1M East Malaysia K01 (MRT RETAIL SDN BHD 940947-T), Jalan Lebuhraya Sulaman, Kampung Lok Batik, 89208 Tuaran, Sabah.Tel:088-792271

Mudah untuk dicari kerana ianya berdekatan dan bersebelahan dengan Tuaran Crocodile Farm



Beberapa maklumat juga boleh diperolehi melalui web KPDNKK seperti di bawah ini:-
SOALAN-SOALAN LAZIM KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M)
FAQ UMUM KR1M

1. Apa itu KR1M?
KR1M adalah singkatan akronim bagi kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). KR1M ialah kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan pada harga sehingga 50% lebih rendah berbanding barangan sama berjenama, namun kualiti tetap diutamakan.
2. Siapakan pemilik KR1M?
Kerajaan merupakan pemilik KR1M. Malahan, tanda niaga ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ (KR1M) serta jenama produk ‘1 Malaysia Kedai Rakyat’ (1MKR) juga telah didaftarkan sebagai hak milik Kerajaan.
3. Mengapa barangan KR1M murah?
KR1M mampu menawarkan harga rendah kepada pengguna kerana:
i. penjimatan dari segi kos pengiklanan antara 20% hingga 30% dengan pembungkusan yang mempunyai label generik 1Malaysia;
ii. pembelian barangan secara pukal daripada pengusaha IKS tempatan; dan
iii. operasi KR1M yang tidak berorientasikan keuntungan.
4. Apakah produk yang dijual di KR1M?
KR1M menjual 284 produk 1Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) seperti beras, roti, air mineral, telur ayam, lampin bayi pakai buang, makanan sejuk beku dan barangan keperluan pengguna yang lain (tidak termasuk barangan basah).
5. Berapa banyakkah KR1M yang akan dibuka oleh Kerajaan?
Sebanyak 85 buah KR1M akan dibuka di seluruh Malaysia menjelang penghujung tahun 2012.
6. Bilakah waktu operasi KR1M?
Bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 11.00 malam dan beroperasi sepanjang tahun.


Di bawah ini beberapa barang yang aku beli di KR1M tadi:-

RM1.20 (60ML)

RM5.80 (500G)

RM1.60 (340GM)

RM8.50 (825ML)


Keseluruhannya, KR1M ni bersih, kemas dan teratur.Harga pun agak berpatutan.Cuma masih banyak barangan keperluan perlu ditambah.Dan bukan semua barangannya ada label KR1M.Bermaksud barangan bukan label KR1M harganya tidak la murah mana pun seperti Giant Supermarket tu (produk Giant keluaran mereka sendiri harga agak murah berbanding bukan produk keluaran mereka).

Justeru, saya sarankan orang ramai yang tinggal berdekatan pergilah berkunjung ke Kedai Serbaneka KR1M di Tuaran, Sabah ini.Sama-samalah kita menyokong usaha murni Kerajaan Malaysia dalam mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia ini demi kebaikan rakyat-rakyatnya.Peace No War!!!!

Tiada ulasan: