Halaman

Khamis, 15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434


Salam Maal Hijrah 1434 kepada semua muslimin muslimat walau di mana jua berada.Hari ini merupakan Awal Muharram bermakna kita telah memasuki Tahun Baru dalam kalendar Islam.

Kalau dulu-dulu semasa kecilku, aku selalu menghadiri acara Sambutan Maal Hijrah ini di Daerah Kudat.Pernah juga ikut berarak ramai-ramai.Indahnya masa itu.

Momen paling manis apabila aku menyertai Pertandingan Syarahan/Pidato Maal Hijrah sehingga ke Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Karamunsing , Kota Kinabalu yang mana aku mewakili Bahagian Pantai Barat Utara (iaitu daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas & Kota Belud).Masih ingat lagi, semasa itu arwah Abahku Sanusi B. Ondu yang mengiringi aku ke pertandingan Pidato Peringkat Pantai Barat Utara (PBU) di Dewan Masyarakat Kota Belud.Semua peserta adalah lelaki kecuali aku perempuan.

Tidak ku sangka aku boleh menjuarai pertandingan tersebut dengan tajuk Pidato ku "SEPERTI KETAM MENGEJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS".Teks pidato aku yang sediakan sendiri.Terasa puas!Dan paling aku gembira adalah  diriku jadi kebanggaan arwah abahku masa itu sehinggalah ramai rakan arwah abahku mengucapkan SYABAS & TAHNIAH kerana anaknya yang seorang ini boleh menang jadi Johan pula tu mengalahkan kaum adam...Hehehe.Tidak pernah dalam sejarah hidupku, arwah abahku ikut sama denganku dan boleh pula jadi juara.Tapi itulah kenangan terakhir ku bersama dia.Al-Fatihah....

Kadangkala, pada sambutan Maal Hijrah di Kudat sebelum-sebelum ini aku akan diundang untuk mendeklamasikan Puisi Berunsur Islam.Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?Rupa-rupanya 'darah seni' arwah abahku mengalir dalam darahku juga.Alhamdulillah...Cuma bakat yang ada ini tidak terus digilap dengan sepatutnya.Huhuhu.Mudah-mudahan suatu hari nanti aku boleh terus berkarya seperti mana hayat arwah abahku.InshaAllah...

Sebut saja pasal Maal Hijrah ini, perkataan HIJRAH itu sendiri bagiku adalah suatu proses untuk diri kita berubah, merubah dan bersedia diubah supaya menjadi insan yang lebih baik, lebih mulia dan bermakna dalam mencari redha Allah SWT di dunia fana ini demi kejayaan dunia dan akhirat.

Seperti mana Firman Allah SWT dalam kitab Al-Quran:

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'.

Manakala, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” 






Tema Sambutan Maal Hijrah 1434H ini adalah

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH" 















Mudah-mudahan dengan hadirnya tahun baru Hijrah ini hidup kita akan lebih diberkati dan sama-samalah memperbanyakkan amal ibadat kita kerana diri kita ini adalah khalifah Allah SWT di muka bumi ini.Ingatlah dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.Wallahualam bissawab!

Tiada ulasan: