Halaman

Isnin, 5 November 2012

TAMU TUARAN DI PAGI AHAD

Pagi Ahad semalam aku dan En. Suami meronda-ronda sekitar Tamu Tuaran.Tamu mingguan ini menjadi platform yang mudah dalam memasarkan dan berurusniaga bermacam-macam produk tempatan seperti pokok tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran, hasil laut (ikan, sotong, ketam, udang & siput), makanan minuman bermasak, pelbagai jenis pakaian dan tudung, binatang peliharaan serta perkakasan rumah.Harga yang ditawarkan agak murah berbanding di tempat lain.


Hanya beberapa keping sahaja dapat tangkap gambar semalam.Baru beberapa minit sampai di tamu, tiba-tiba hujan turun pula.Betul-betul merosakkan 'mood'!Huhuhu...



En. Suami sedang memilih parang yang hendak dibeli

'Parang' yang dijual di tamu


Okay, sedikit info..
TAMU merupakan hari pertemuan masyarakat setempat dalam sesebuah daerah untuk menjalankan urusniaga jual beli barangan keperluan harian seperti hasil pertanian, perikanan dan pelbagai jenis barangan lain. Ianya telah wujud di setiap pekan di Negeri Sabah sejak lama dulu. Hari Tamu biasanya diadakan pada hari Ahad yang juga dikenali sebagai Hari Minggu.Namun demikian, setiap daerah di Sabah ini masing-masing menetapkan hari Tamu Minggu ini bila diadakan.Kebanyakan Tamu Minggu ini beroperasi seawal 6:00pagi sehinggalah jam 2:00 petang.


Buah Tarap harga RM7/sebiji.Mahalnya!Tapi terpaksa juga beli memandangkan makcik tu sudah pegang 'bahai' (plastik).Psiko betul makcik tu...hahaha

Pokok-pokok pelbagai jenis


Sayur-sayuran kampung






Hasil 'tangkapan' dari tamu ini, aku telah membeli sebiji buah tarap (harga RM7/sebiji), sayur kangkung (harga RM1), halia (harga RM1), sayap ayam panggang & buntut ayam (harga RM8), minuman 3 cup (harga RM3), dan sehelai topi yang comel (harga RM8).Manakala, En. Suami pula akhirnya sampai hajat juga membeli sebilah parang berharga RM35.00.Akan datang kami akan membuat lawatan tapak ke Tamu Jalan Gaya pula (hari minggu/ahad).InsyaAllah....

Sekian.


Tiada ulasan: