Halaman

Jumaat, 28 Disember 2012

SYUKRAN YA ALLAH



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera semua pembaca blog,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar pada pagi Jumaat hari ini.Syukran Ya Allah...

Kebelakangan ini aku agak sibuk dengan kerja-kerja hakiki yang sentiasa mengejar masa untuk disiapkan.Bukan lagi 'agak' tapi amat-amat sibuk!Dalam masa yang sama sempena cuti sekolah hujung tahun ni banyak program yang direncanakan secara tidak langsung, lebih-lebih lagi ramai keluarga sebelah En. Suami dari Tanah Semenanjung (Kuala Lumpur, Shah Alam & Penang) datang bercuti ke Sabah Negeri di Bawah Bayu.Seperti biasa, aku dan En. Suami akan jadi 'pemandu pelancong FOC' kepada mereka.Memang seronok!Untunglah sambil menyelam sambil minum air...Sebab ada satu tempat tu kami belum pernah jejakkan kaki ke sana iaitu Rumah Terbalik, Tamparuli,Sabah walaupun agak dekat dengan kawasan perumahan tempat kami tinggal.

Antara tempat-tempat yang kami kunjungi adalah:-

1) Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah
2) Pulau Manukan & Pulau Mamutik, Kota Kinabalu, Sabah
3) Tagal Fish Massage, Ranau, Sabah
4) Desa Dairy Farm / Desa Cattle, Kundasang, Ranau
5) Pasar Philippines, Kota Kinabalu, Sabah
6) Perdana Park, Kota Kinabalu
7) Sandakan Crocodile Farm, Sandakan, Sabah
8) Harbour Mall, Sandakan, Sabah

Maaf, buat masa ini gambar-gambar tidak dapat 'upload'.Ada masalah sikit dengan blog.Terlebih had yang ditetapkan!Hahaha

Oh,ya!Sempena menanti ketibaan Tahun Baru 2013 aku sedang merancang untuk menjalankan Perniagaan Atas Talian (Online Bisnes) dengan sokongan rakan kongsi adik Farah Yaakub.Diberi nama fyonlinestore.Ianya akan dibuka secara rasmi pada 1hb Januari 2013.Moga-moga perniagaan kecil-kecilan ini akan membuahkan hasil dan menampakkan kemajuan.Inshaa Allah...Mohon beri sokongan moral ya kawan-kawan semua.

Wassalam.


Selasa, 11 Disember 2012

NABILA MEDAN'S GIVEAWAY



Bosan-bosan di pejabat, tiba-tiba rasa mahu join NABILA MEDAN'S GIVEAWAY yang kedua.Ianya sedang berlangsung bermula pada 23 Nov - 17 Dec 2012. 


"Nabila Medan's Giveaway kali ini mendapat tajaan daripada 8 orang sponsor yang baik hati nak sponsor hadiah. Nabila berharap ada lah yang sudi join giveaway yang nabila anjurkan ini. 23 pemenang dicari dalam giveaway kali ini".


Macam biasa syarat-syarat penyertaan tetap ada.Sila klik link tadi.Harap-harap aku adalah salah seorang pemenangnya!Hehehe....


Bah, Farah Yaakub dan Norakmala Sanusi jom join sama-sama!:-D




Jumaat, 7 Disember 2012

HARI KEEMPAT : JELAJAH KOREA 2012 # BHGN 1

Salam 1Malaysia semua...

Sekarang ni 'mood' tengah positif, haruslah kemaskini blog cepat-cepat!Target siapkan entri JELAJAH KOREA 2012 ni sebelum bermulanya Tahun Baru 2013.Fighting!!!!:-D

Sebelum tu, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anda (yang membaca entri-entri dalam blogku).Sudi juga melawat ke blog yang tidak seberapa ini.Maklumlah, baru belajar mengaktifkan diri dengan dunia blogging!Mohon beri sokongan selalu ya...;-)

Penat semalam belum pulih sepenuhnya, tapi memandangkan sedang berada di negara orang lebih-lebih lagi di tanah jajahan KOREA SELATAN terpaksa menggagahkan diri juga.Rancangan hari ini mahu melawat ke Petite France (French Cultural Village) dan juga  Pulau Nami - lokasi penggambaran drama Winter Sonata yang meletup pada tahun 2002 tu.Alang-alang sudah sampai di sini kena pergi jugalah walaupun segala kaki, betis, paha dan sewaktunya macam mahu tertanggal - ibaratnya seperti skru-skru yang makin longgar!Hahaha...

Kami memang agak 'bertabah' di sini sementelahan sudah beberapa hari tidak ada menjamah sebutir nasi langsung.Memang haru biru perasaan kalau tinggal di bumi Seoul lebih dari seminggu.Maggi kari dari Malaysia dan Milo 3 in 1 tu jugalah peneman yang paling setia.Hihihi...'Korea Sticky Rice' memang nda aku suka.Mungkin belum terbiasa dengan makanan masyarakat Korea.Terus-terang aku nda pernah pun merasa makanan Korea di Malaysia.Jadi, apalah motif ke Korea tu?Hehehe..Tekak aku ni amat cerewet.Sayur-sayuran pun memilih!Nasib badan la kan...Huhuhu

Hari ini 02hb Julai 2012 iaitu hari Isnin, dalam jam 9:15 pagi selepas bersarapan kami bergerak menuju ke subway.Menurut adik Farah Yaakub, perjalanan ke sana mengambil masa lebih satu jam.Fuh, jauh juga kan?

Oleh kerana, tren menjadi pengangkutan utama kami ke sana ke mari maka di bawah ini dicatatkan aliran perjalanannya.


[1] Euljiro 3(sam)ga Station (Line 2) ---> [2] Konkuk University Station (Transfer to Line 7) ---> [3] Sangbong Station (Transfer to Gyeongchung Line) ---> [4] Cheongpyeong Station (Gyeongchung Line).Ambil Exit 2 menuju ke Perhentian Bas.







Ahjussi (Pakcik) ni agak peramah dengan kami.Walaupun nda fasih berbahasa Inggeris tapi dia tetap mencuba untuk berkomunikasi dengan kami.

Ahjumma (Makcik) ni boleh pula berniaga dari satu tren ke satu tren yang lain.Dia jual 'elastic porch ' untuk  pinggang.Sempat beli 2 pasang warna biru dan kelabu tapi lupa pula ambil gambar.Harga dalam KRW5,000 sepasang.






Cheungpyeong Terminal


Ada hospital haiwan juga di sini...

Rombongan Cik Kiah dari Indonesia...:-D

Tempat ni terkenal sebagai lokasi penggambaran drama-drama Korea seperti Secret Garden, Beethoven Virus, Personal Taste dan juga Running Man - Korea Variety Show









Inikah rupa Little Prince tu?;-)

Peace!!!!Jurugambar dari Indonesia kalau tidak silaplah sebab dia ikut pula rombongan cik kiah tu...



Oleh kerana anak-anak patung ni lebih kurang 'serupa' dengan mukaku, maka sudah tentu tahap kecomelan kami sama!Hahaha





Bunga-bungaan ni cantik...=)

Motif gambar????=)))


Nda faham aku apa yang ditulis oleh JANG GEUN SUK ni!Tandatangan pun pelik.Huhuhu...

'Jejak-jejak' yang ditinggalkan oleh para pelakon dalam Drama Korea BEETHOVEN VIRUS tahun 2008.Gembira Oooo...

Dalam pejabat si 'Orchestra Killer - Conductor Kang





Drama Korea PERSONAL TASTE tahun 2010 pun ada buat penggambaran di sini.Lakonan LEE MIN -HO dan SON YE-JIN

Tandatangan LEE MIN HO


Cop Beethoven Virus


'Orchestra Killer' ---> Conductor Kang Love Message


Kandang kucing @ Petite France






Betulkah air mineral ni dari Pulau Jeju?








Drama Korea SECRET GARDEN tahun 2010 lakonan Hyun Bin & Ha Ji Won

Running Man Korea Variety Show

Jong-Kook, Gary, Kwang-Soo, Ha-ha & Joong-Ki


Bayaran masuk KRW8,000/org untuk orang asing (dewasa)


Selesai buat rondaan dalam Petite France tu, kami pun menunggu bas untuk pergi ke Pulau Nami pula.Cuaca masa tu memang panas terik.Mana lagi menahan lapar konon-konon di Pulau Nami dapatlah menjamah makanan halal.Memang betul-betul 'bertabah' kami pada masa tu...Huhuhu

Bahagian dua di Pulau Nami kita sambung kemudian.Harap kalian suka dengan entri hari keempat ini.Jangan lupa FOLLOW blogku ini dan KONGSI dengan rakan-rakan anda.Kamsahamnida!

Sila klik VERSI LENGKAP FARAH untuk cerita lanjut.