Halaman

Jumaat, 7 Disember 2012

HARI KEEMPAT : JELAJAH KOREA 2012 # BHGN 1

Salam 1Malaysia semua...

Sekarang ni 'mood' tengah positif, haruslah kemaskini blog cepat-cepat!Target siapkan entri JELAJAH KOREA 2012 ni sebelum bermulanya Tahun Baru 2013.Fighting!!!!:-D

Sebelum tu, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anda (yang membaca entri-entri dalam blogku).Sudi juga melawat ke blog yang tidak seberapa ini.Maklumlah, baru belajar mengaktifkan diri dengan dunia blogging!Mohon beri sokongan selalu ya...;-)

Penat semalam belum pulih sepenuhnya, tapi memandangkan sedang berada di negara orang lebih-lebih lagi di tanah jajahan KOREA SELATAN terpaksa menggagahkan diri juga.Rancangan hari ini mahu melawat ke Petite France (French Cultural Village) dan juga  Pulau Nami - lokasi penggambaran drama Winter Sonata yang meletup pada tahun 2002 tu.Alang-alang sudah sampai di sini kena pergi jugalah walaupun segala kaki, betis, paha dan sewaktunya macam mahu tertanggal - ibaratnya seperti skru-skru yang makin longgar!Hahaha...

Kami memang agak 'bertabah' di sini sementelahan sudah beberapa hari tidak ada menjamah sebutir nasi langsung.Memang haru biru perasaan kalau tinggal di bumi Seoul lebih dari seminggu.Maggi kari dari Malaysia dan Milo 3 in 1 tu jugalah peneman yang paling setia.Hihihi...'Korea Sticky Rice' memang nda aku suka.Mungkin belum terbiasa dengan makanan masyarakat Korea.Terus-terang aku nda pernah pun merasa makanan Korea di Malaysia.Jadi, apalah motif ke Korea tu?Hehehe..Tekak aku ni amat cerewet.Sayur-sayuran pun memilih!Nasib badan la kan...Huhuhu

Hari ini 02hb Julai 2012 iaitu hari Isnin, dalam jam 9:15 pagi selepas bersarapan kami bergerak menuju ke subway.Menurut adik Farah Yaakub, perjalanan ke sana mengambil masa lebih satu jam.Fuh, jauh juga kan?

Oleh kerana, tren menjadi pengangkutan utama kami ke sana ke mari maka di bawah ini dicatatkan aliran perjalanannya.


[1] Euljiro 3(sam)ga Station (Line 2) ---> [2] Konkuk University Station (Transfer to Line 7) ---> [3] Sangbong Station (Transfer to Gyeongchung Line) ---> [4] Cheongpyeong Station (Gyeongchung Line).Ambil Exit 2 menuju ke Perhentian Bas.







Ahjussi (Pakcik) ni agak peramah dengan kami.Walaupun nda fasih berbahasa Inggeris tapi dia tetap mencuba untuk berkomunikasi dengan kami.

Ahjumma (Makcik) ni boleh pula berniaga dari satu tren ke satu tren yang lain.Dia jual 'elastic porch ' untuk  pinggang.Sempat beli 2 pasang warna biru dan kelabu tapi lupa pula ambil gambar.Harga dalam KRW5,000 sepasang.






Cheungpyeong Terminal


Ada hospital haiwan juga di sini...

Rombongan Cik Kiah dari Indonesia...:-D

Tempat ni terkenal sebagai lokasi penggambaran drama-drama Korea seperti Secret Garden, Beethoven Virus, Personal Taste dan juga Running Man - Korea Variety Show









Inikah rupa Little Prince tu?;-)

Peace!!!!Jurugambar dari Indonesia kalau tidak silaplah sebab dia ikut pula rombongan cik kiah tu...



Oleh kerana anak-anak patung ni lebih kurang 'serupa' dengan mukaku, maka sudah tentu tahap kecomelan kami sama!Hahaha





Bunga-bungaan ni cantik...=)

Motif gambar????=)))


Nda faham aku apa yang ditulis oleh JANG GEUN SUK ni!Tandatangan pun pelik.Huhuhu...

'Jejak-jejak' yang ditinggalkan oleh para pelakon dalam Drama Korea BEETHOVEN VIRUS tahun 2008.Gembira Oooo...

Dalam pejabat si 'Orchestra Killer - Conductor Kang





Drama Korea PERSONAL TASTE tahun 2010 pun ada buat penggambaran di sini.Lakonan LEE MIN -HO dan SON YE-JIN

Tandatangan LEE MIN HO


Cop Beethoven Virus


'Orchestra Killer' ---> Conductor Kang Love Message


Kandang kucing @ Petite France






Betulkah air mineral ni dari Pulau Jeju?








Drama Korea SECRET GARDEN tahun 2010 lakonan Hyun Bin & Ha Ji Won

Running Man Korea Variety Show

Jong-Kook, Gary, Kwang-Soo, Ha-ha & Joong-Ki


Bayaran masuk KRW8,000/org untuk orang asing (dewasa)


Selesai buat rondaan dalam Petite France tu, kami pun menunggu bas untuk pergi ke Pulau Nami pula.Cuaca masa tu memang panas terik.Mana lagi menahan lapar konon-konon di Pulau Nami dapatlah menjamah makanan halal.Memang betul-betul 'bertabah' kami pada masa tu...Huhuhu

Bahagian dua di Pulau Nami kita sambung kemudian.Harap kalian suka dengan entri hari keempat ini.Jangan lupa FOLLOW blogku ini dan KONGSI dengan rakan-rakan anda.Kamsahamnida!

Sila klik VERSI LENGKAP FARAH untuk cerita lanjut.


11 ulasan:

bspotgurl berkata...

Bestnye.. rasa macam nak ikut trip awak ke KOrea..:)

intanfirdaus247 berkata...

bestnya..harap dapat pegi sana juga

Azian Elias berkata...

bila baca n3 yanie akak asyik.teringin nak pegi lah.

Izza Yusani berkata...

seronoknya holiday kat korea

AedaZainal berkata...

Bestnya dapat pergo korea ^^,

afifudinsohaini berkata...

peh korea tuuu..hehe
btw dah follow balik

Shereen Yahya berkata...

wah , best nya dapt pg sana .
ada sesetengah tmpt dlm gmbr tu prnh tgk dlm running man .hehe

adza irdawati berkata...

wahhh bestnya jalan jalannnn

adza irdawati berkata...

wahhh bestttnya holidayyyy

❤Kamsiah❤ berkata...

singgah & follow sini...seronoknya holiday kat oversea...

Ferry Nurse berkata...

Senangnya bisa jelajar ke negeri korea..
Bisa mengenal akan negeri orang lain dan juga kekayaan serta keanekaragaman budaya di negeri orang pula.