Halaman

Rabu, 5 Disember 2012

HARI KETIGA : JELAJAH KOREA 2012 (BHGN KEDUA)


Hello Hello &  Salam Berbahagia semua pembaca blog...

Wah, lamanya cerita JELAJAH KOREA 2012 belum dikemaskini!Huhuhu...Adik aku yang seorang tu Farah Yaakub pun 'balik-balik' suda menanya.Sabar ya dik..Macam-macam hal berlaku kebelakangan ini.Mana laptop Acer tu 'hangkang', pastu sibuk amat dengan kerja-kerja hakiki di pejabat!!!!Rasa mau pengsan pun ada...:-(

Apa pun, entri hari ketiga - bahagian dua ini sedang bersambung.Sila klik Hari Ketiga (Bhgn Pertama) untuk baca entri asal.So, let's check it out!

Dari SBS Open Hall kami menuju ke Bangunan HQ SBS di Mokdong.Perjalanan kami seperti berikut:-


 [1] Gayang Station (Line 9) -> [2] Yeouido Station (Transfer to Line 5) -> [3] Omokgyo Station (Line 5). Ambil Exit 2. 


 


Oh,ya!Apabila kita ambil Exit 2 kita kena lalu dan melangkah masuk terus berjalan kaki ke Hyundai Department Store.Akhirnya, dapat juga menjejakkan kaki ke Shopping Mall di Korea.Teruja juga la masa tu dan semestinya ambil peluang untuk meninjau-ninjau keadaan sekeliling.Alah, sekadar cuci-cuci mata saja pun.Sebab memang target ke sini - bumi Korea sekadar melancong tanpa berbelanja sakan.Sudah namanya Percutian Bajet kan...Hihihi.Kemudian, kami bergerak keluar menuju ke Bangunan HQ SBS, Mokdong.Cerita lanjut sila klik versi asal Running-Ladies

Macam biasa jom kita layan gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa berada di kawasan Mokdong, Korea Selatan.


Sempat lagi 'bergambar' dengan Park Ji Sung

Inilah 'laluan' yang kami kena menapak tu ---> Hyundai Department Store

Suasana dalam Hyundai Department Store

Panggung Wayang @ Hyundai Department Store, Korea

StarBucks Coffee pun ada


Banyaknya basikal di luar bangunan

Tengok tu...Bangunan HQ SBS di Mokdong.Besar kan?Nampak biru kehijauan...Cantik!

Pintu Masuk Utama

'Posing' sakan...

Star Street di mana terletaknya bekas tapak tangan selebriti-selebriti popular di Korea contohnya Lee Hyori, Boa dan kumpulan GOD

Taraaa...I was here!

Gembira sangat sebab akhirnya dapat menjejakkan kaki ke SBS.Kalau sebelum ni tengok TV saja  Astro OneHD 393 

Hanya ambil gambar dari luar tingkap kaca kerana kami tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan SBS ni.Kecewa!


Ambil gambar kereta SBS ni pun jadilah...;-)

Peace Yo!

Banyaknya kereta SBS...


Tengah lepak-lepak di tepi jalan kami pun ternampak sebuah kereta dikejar polis dan akhirnya disaman.Kalau tidak silap pemandu perempuan ni.Entahlah, apa kesalahan yang dia telah buat!

Menurut adik Farah Yaakub tempat ni adalah tempat pembukaan Running Man Episode 86




Melepak di Omok Neighborhood Park

Cute kan?Macam saya pula!Hahaha

Lupa apa yang Ahjumma (Makcik) ni cakap dengan aku!Hahaha...Mungkin kami cerita pasal anak anjing dia tu.Ayam dengan itik bercerita biasalah kan..Buat-buat faham!Wakakaka....

Wajah-wajah masyarakat KOREA di kawasan Mokdong

Orang-orang Korea tengah beriadah di taman ni.Bestttttttt!

Jejaka Korea yang berani 'approach ' kami disebabkan dia hairan melihat kami berada di kawasan ni tambahan pula berhijab lengkap.Agak peramah!Namanya Tae Sung Kim, duduk di kawasan Mokdong.Kami cari namanya di Facebook tapi nda jumpa.Silap kami juga sebab nda minta emailnya!Huhuhu....



Selepas dari SBS tu, destinasi seterusnya ialah Hongdae.Tempat ni memang agak popular.Rugi kalau nda pergi ke sana.

Dari Mokdong kami pun ambil subway menuju ke Hongdae. Route kami macam di bawah ini:-


[1] Omokgyo Station (Line 5) -> [2] Yeongdeuongpo-gu Office Station (Transfer to Line 2) --> [3] Hapjeong Station (Line 2).




On the way ke Hongdae mencari Restoran Haroro a.k.a. Haha (Ahli Running Man)



Kawasan Hongdae ni terletaknya Hongik University.Sudah tentu ramai pelajar U di sini.Tempat ni kan memang meriah sangat!Namanya student U - acara lepak-lepak adalah perkara wajib dan di sini juga dapatlah kami lihat fesyen-fesyen mereka berpakaian.Wow, class gitu!!!!

 Sempat juga la memborong sakan casing hp Samsung Galaxy Note @ Hongdae Street!

Buah hati pengarang jantung - JANG GEUN SUK.Bergambar dengan iklannya ni pun nda apa...Hehehe

Nama restoran Haroro (Haha) Quan Jamal Tbblasco Sucre”. Restoran ni memang dimiliki oleh HaHa, dan konsepnya ala-ala Jamaica disebabkan ke'obses'annya dengan Jamaica - si Bob Marley.

Selamat Datang!


Kami sudah sampai di sini tapi hampa sebab si Haroro ni nda ada pula di restorannya!Huhuhu.Jadi, tangkap gambar saja la kan....


Selesai menjenguk restoran Haha tu, kami pun pulang ke guesthouse.Penat beb!Nampak gayanya 'kaki betis' kami menjadi kurus tegap selama berada di Korea.Hahaha.Orang Sabah juga la "pindik-pindik tagap"!Hihihi....

Kalau mau tahu Versi Hongdae yang asal bolehlah membacanya di SINI



Bah, kita jumpa lagi dalam siri Jelajah Korea 2012 pada hari yang keempat!Annyeong....




2 ulasan:

Norhafizah (Lina) berkata...

signboard diorang kebykan nya cartoon.. comel gitu

Miss Farah berkata...

sakit hati kan kak sebab esoknya tu running man shooting di restoran haha tu~ aaaa kita pergi mlm, dorang dtg esoknya sana..isk isk..memang bukan rezeki la..