Halaman

Sabtu, 11 Mei 2013

HARI KEEMPAT : JELAJAH KOREA 2012 # BHGN 2

Maaf!Blog suda berbulan-bulan nda update dengan cerita siri Jelajah Korea kami tahun lalu.Entahlah, cakap tiada masa rasanya ada juga. Bilang rajin tapi malas pula. Hehehe...Apa-apa pun jom kita teruskan dengan kunjungan kami ke Pulau Nami.Ini adalah sambungan daripada Gapyeong Tour pada hari keempat. Bahagian pertama sila klik di sini Petite France.

Kami sampai di kawasan sekitar Nami lebih kurang jam 1:00 tengahari (mengikut catatan rakaman masa di kamera) setelah menunggu bas di luar Petite France dengan perut yang sedang kebulur.Kalau orang Malaysia ni MALAYSIA jugalah sebab mesti mahu cari nasi kan..Memang nda bolehlah kalau nda makan nasi!Huhuhu...

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di sini PULAU NAMII!Memang nda sangka impian bertahun-tahun lamanya menjadi nyata.Kerana Drama Korea WINTER SONATA tu la yang membuatkan aku 'demam-demam' kemaruk dengan jalan ceritanya.Tambah-tambah lagi lakonan mantap hero heroin Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo pada tahun 2002 ianya ditayangkan.Memang aku minat 'giler' dengan dorang ni!

WINTER SONATA
Pastinya Pulau Nami memang tempat wajib dilawati dalam percutian ke sini.Jangan lepaskan peluang lebih-lebih lagi negara Korea mempunyai empat (4) musim yang berbeza.

Secara peribadi, aku lebih sukakan suasana musim luruh (Autumn).Dengan dedaun kemerah-merahan , kekuning-kuningan sudah pasti meruntun jiwa seperti mana drama bersiri Korea - AUTUMN IN MY HEART tu!Cheewah...Harap-harap trip akan datang dapat direalisasikan pada musim luruh.InsyaAllah...Jadi, kepada anda semua rasakan sendiri pengalaman berada di tempat yang cantik ini apabila anda datang ke Seoul.

Oh, ya!Pulau Nami juga dikenali sebagai Naminara Republic sepertinya kita berada di sebuah negara yang lain padahalnya terletak di Korea Selatan juga pun.Hehehe...Bayaran untuk Visa KRW8,000 seorang termasuk perkhidmatan feri pergi balik.Dalam masa 5 minit macam tu boleh sampai ke Pulau Nami.Alah, nda jauh mana pun...;-) 

Menurut adik Farah Yaakub dari Seoul ke Pulau Nami anda boleh menaiki Shuttle Bus dari Insadong (West Gate of Tapgol Park) ataupun Jamsil (Jamsil Station subway Line 2, Exit 4 - depan Lotte Mart). Adult fee untuk round trip ialah KRW 15,000 dan one way ialah KRW 7,500. Shuttle bus tu akan bergerak pada jam 9.30 pagi.

Jom layan gambar-gambar yang diambil dengan Samsung Note I...








Farah sedang beli tiket / visa ke Naminara Republic


Kanak-kanak Lelaki & Perempuan yang 'dipasangkan' oleh ibu bapa mereka.Comel jak...;-)


Menuju ke Pulau Nami nun di depan sana

Pulau Nami pada musim panas.Pemandangan X cukup cantik!Huhuhu



Di pulau ni juga ada disediakan perkhidmatan menyewa kenderaan macam Basikal, Sky-Bike, Electric Tri-Way, Electric Tour Car dan Namycar. Kosnya serendah KRW 2,000 hingga KRW 18,000. Selain itu, sesiapa ingin bermalam di Nami ada juga bilik-bilik, banglo dan juga cottage untuk di sewa.

Banyak benda kami tidak dapat buat.Sudahlah sampai di sana hari masuk petang, masa pula terhad sebab mengejar masa balik ke bandar Seoul.Mudah-mudahan jika diizinkan Allah SWT suatu hari nanti memang akan peruntukkan masa sehari di sini...:-)



Reka bentuk yang unik dan pelbagai


Add caption
Lukis gambar dikenakan KRW 10,000 untuk sekeping gambar sama ada berseorangan ataupun berpasangan.Teringin juga tapi ramai orang pula masa tu...In shaa Allah pada masa akan datang kalau ada rezeki lebih!






Basikal memoir WINTER SONATA selama 10 tahun!



Hero kedua YONGHA yang telah pergi selama-lamanya...:-(

Opsss...jangan tengok!Hihihi

Salah sebuah banglo untuk disewa di Pulau Nami



Kasihan...Kebanyakan gambar jadi mangsa 'vandalisme' si pencinta WINTER SONATA yang setia!













Tugu Cinta WINTER SONATA 2002


Galeri Winter Sonata










Rasanya ini botol-botol SOJU yang selalu kita nampak dalam drama Korea tu


Jom balik SEOUL...


Unik dan kreatif!

"Si gadis penyambut tetamu yang seksi" - Namimaid Statue




Bye-bye Nami!









Sayonara!

Pakcik Teksi bawa Hyundai!



Setelah puas melihat sendiri keadaan Pulau Nami yang telah lama diangan-angankan tu, kami pun bergegas balik ke Seoul.Agak penat juga hari ini.

Untuk versi adik Farah Yaakub korang bolehlah KLIK DI SINI pula. Okay, nanti kita sambung cerita malam harinya pula.Bye!


Tiada ulasan: