Halaman

Ahad, 12 Mei 2013

HARI KEEMPAT : JELAJAH KOREA 2012 # BHGN 3

...Bersambung


Setelah beberapa hari adik Farah Yaakub asyik sebut Cheonggyecheon Stream, akhirnya malam ni kami gagahkan juga kaki menapak ke sana walaupun pada siang harinya kami melalui perjalanan yang agak jauh dari kota Seoul.

Untuk edisi khas klik SINI di mana ianya versi adik Farah Yaakub.



Peta dari Guesthouse menuju ke Cheonggyecheon Stream

Lebih kurang jam 9 malam kami bergerak dari tempat penginapan. Alah, nda jauh mana pun tempat tu sebenarnya.Dalam masa 10 minit kami sudah sampai di Cheonggyecheon Stream.Best sangat masa tu sebab udara di Seoul pada waktu malam agak sejuk.

Kalau lepak-lepak di sungai buatan tu memang nyaman.Para peminat drama korea tu 'wajib' datang buat lawatan tapak di sini ya...Serius!Syok lepak-lepak di sungai buatan tu sambil melihat bangunan-bangunan tinggi yang tersergam di sekitar tersebut.

Okay, beberapa gambar di sana akan dikongsi di sini tapi faham-faham sajalah gambar yang diambil nda berapa cantik.Kesian...Kami bukan professional, setakat amatur jer!Daripada tiada langsung kan...Hehehe




Dalam perjalanan ke Cheonggyecheon Stream



Lihatlah Cheonggyecheon Stream di depan sana terang-benderang dengan lampu




Cheonggyecheon Stream (Sungai Buatan) di tengah-tengah bandar Seoul


Untuk makluman, panjang sungai buatan ini lebih kurang 8.4 km, bersamaan dengan 5.2 batu.Panjang kan?Letih jugalah menyusur.Tapi kami nda sampai dekat 'statue siput' yang unik tu.Betul-betul nda larat..Yalah mungkin siangnya tu kami berjalan jauh ke Pulau Nami kan...Huhuhu



Jom turun ke bawah!=)


Nampak tu pasangan tengah beromantika!Hahaha

Di sini kami tengok ramai orang Korea yang melepak sama ada dengan kawan-kawan ataupun yang berpasangan.Wow!Apa yang boleh aku katakan orang Korea ni agak 'agresif'.Boleh pula bercumbu-cumbuan dengan penuh ghairah di khalayak ramai.Tuttttttttttttttttt!


Taraaa...Inilah dia sungai buatan tu - CHEONGGYECHEON STREAM




Batu-batuan dalam sungai tu...Air pun jernih jer!





Jalan punya jalan kami duduklah di tepi sungai buatan tu sambil bergossip sakan!Hahaha






Kedapatan Ooo dorang!Hehehe













Berlatar-belakangkan Hollys Cafe








Jadual Taman Digital Cheonggyecheon Stream mengikut musim




Akhirnya, sampai di Cafe 'JANG GEUN SUK'!Teruja beb...Walaupun nda jumpa!
































Bah, ayuh malam pun sudah lewat.Balik ke guesthouse dalam jam 1 pagi.Wah!Sudah 4 jam kami di luar rupanya.Cepat-cepat tidur boleh 'recharge' tenaga untuk perjalanan seterusnya.

Jangan lupa FOLLOW dan SHARE blog saya yang tak seberapa ini.

TQVM!



Tiada ulasan: