Halaman

Rabu, 22 Mei 2013

HARI KELIMA : JELAJAH KOREA 2012 (BHGN KEDUA)


Sambungan....


Kali ni menuju ke 63 Building pula..

Sebagai info, 63 Building juga digelar 63 City terletak berhampiran Sungai Han.Merupakan bangunan tertinggi di Yeouido dan pernah menjadi bangunan tertinggi di Korea Selatan pada masa dahulu.Terkini ianya adalah bangunan ke-3 tertinggi di Korea Selatan.Disebut 63 Building kerana terdiri daripada 60 tingkat ruang pejabat dan 3 tingkat pula untuk basement.Jadi, kepada para pelancong haruslah menjejakkan kaki ke sini nanti.Okay?


Dalam bangunan ini adanya Art Gallery paling tinggi di dunia dan juga 'Observation Deck' yang terletak di tingkat 60. Selain itu, terdapat juga IMAX Theater, Akuarium Besar, Convention Center, Banquet Hall, Wax Museum dan yang paling penting pusat membeli-belah. Kira serba-serbi ada di dalam bangunan ini.

Setelah berdiskusi, kami hanya naik ke Observation Deck dan Art Gallery tu saja.Kami mahu melihat pemandangan 360 darjah kota Seoul dari atas bangunan.Ada yang cakap kalau bernasib baik akan nampak bandar Incheon dari atas bangunan, itu pun bergantung kepada cuaca cerah.Bayaran untuk pelancong asing seperti kami adalah KRW 11,000 seorang.

Sumber : Google

Sumber : Google

Sumber : Google

Sebagai info tambahan, 63 Building / 63 City sememangnya dilihat cantik pada masa matahari terbit ataupun terbenam.Ini disebabkan berlakunya pemantulan cahaya matahari dengan tetingkap kaca dinding bangunan ini.Agak malang, ketika kami berada di sana cuaca agak mendung dan hujan.Ruginya kami...Huhuhu.Cuma dapat tengok gambar ihsan pakcik google kami sahaja...Hahaha








Beberapa gambar di bawah adalah hasil daripada putaran 360 darjah yang dimaksudkan.

























Gambar ni ambil dari dalam lif berkaca






































Masa mahu balik tu, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Pertama kali merasa hujan selama beberapa hari berada di bumi Korea.Alhamdulillah...Kami naik Shuttle Bus dan turun ke stesen subway terdekat iaitu Yeouinaru Station menuju ke Euljiro 3(sam)ga.

Ini route kami untuk balik ke sana :-

[1] Yeouinaru Station (Line 5) --> [2] Chungjeongno Station (Transfer to Line 2) --> [3] Euljiro 3(sam)ga Station (Line 2).







Tamat dulu cerita pada hari ke-5 siri Jelajah Korea kami.Kepada yang rajin tu bolehlah meluangkan masa di blog adik FARAH YAAKUB.Olahan ceritanya lagi best!=)

Sayonara!

6 ulasan:

jarimanis berkata...

Salam Yani..tima kasih sudi singgah blog JM..belum habis baca lagi nak tinggal jejak dulu..balik umah baru nk baca penuh trip ke Korea ni..:-)

Norharyani Sanusi berkata...

Wslm JM..

erm,blog ni x seberapa berbanding dgn blog JM & other traveller bloggers.maklumlah saya masih amatur..hehehe

apa pun, hepi sgt sbb JM datang dkt blog ni!Yahooo

jarimanis berkata...

Yani,

bila nak update entri baru ni..setia menunggu nih heeee

BIBIE KARIM berkata...

Mencari bah blog ko dari tu hari. Hihi akhirnya jumpa. Thanks add di G+.

Tengok entry Korea, terus rindu. Haha.

BIBIE KARIM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BIBIE KARIM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.