Halaman

Selasa, 21 Mei 2013

HARI KELIMA : JELAJAH KOREA 2012

Salam Ceria semua...

Hari kelima 03hb Julai 2012, kegigihan kami meneruskan LOVE RAIN EXPEDITION 2012 ni tetap kuat!Aisehmen, dalam bahasa melayu bolehlah diterjemahkan kepada Ekspedisi Hujan Cinta atau Cinta Hujan kan...hahaha...nda kisahlah yang penting kamurang semua yang baca entri-entri Jelajah Korea kami ni faham apa maknanya.




Yang bikin kesian adik Farah Yaakub sakit kaki.Blister!Andui bah..Nah, rancangan hari ni ada agak lewat dari biasa.Kami gerak dari guesthouse lambat.Lagi pun kami mau jalan santai-santai jak.Ikut jadual kami akan meninjau ke kawasan Yeouido di Selatan Seoul seberangnya Sungai Han (Han River).Yeyeye...Riang gembira tidak terkata!




Laluan Subway yang agak ke dalam.Jauh juga menapak!huhuhu





Bagi mereka peminat tegar drama-drama Korea (Kdrama) sudah tentu kenal dengan stesen TV KBS dan juga MBC.Siapa nda kenal mari tunjuk jari mau dikerat-kerat!Hahaha...



Route untuk ke Yeouido dengan subway :-



[1] Euljiro 3(sam)ga Station (Line 2) --> [2] Chungjeongno Station (Transfer to Line 5) --> [3] Yeouido Station (Line 5)


Bila sampai di Stesen Yeouido bolehlah ambil jalan keluar melalui Exit 4 atau 5.Hari ni kami tersilap keluar laluan ikut Exit 6.Betul juga cuma pening-pening lalat mencari bangunan MBC tu.Sesat!Wakakaka...




Kepada mereka yang mau ke KBS dengan subway, boleh ambil tren turun di National Assembly Station (Line 9) ambil Exit 4.





Kena menyeberang ke sebelah sana.Siap berlari-lari lagi risau kena langgar.Hahaha

Luasnya jalanraya di Seoul Korea ni...

Bangunan MBC (Munhwa Broadcasting Corporation) Korea



Teringin pula menunggang basikal di sini...;-)


Inilah payung 'LOVE RAIN' kami.Kebetulan pula adik Farah terbeli payung berwarna kuning tu mcm dalam drama LOVE RAIN kami.Hehehe

Dalam bank KEB - KOREA EXCHANGE BANK.Duit Ringgit Malaysia (RM) boleh tukar di sini juga.Jangan risau!

Yeouido Park






Selepas rehat di Yeouido Park, kami teruskan perjalanan ke KBS (KOREAN BROADCASTING SYSTEM).Wah,nampak jak bangunan KBS dari jauh memang teruja gilak!Di bahagian depan bangunan ada watak-watak kartun siri animasi Korea HUTOS yang comel.Apa lagi kami pun bergambar sakan macam kanak-kanak riang tu.Hahaha...


Depan KBS tu...




Para Peminat tegar SUJU (Super Junior)




Merajuk konon!Wakakaka


Sorry!


Kenapa pula jari-jariku macam tu?Baru perasan...Huhuhu


Alang-alang sudah di sini - KBS kami pun meronda-ronda masuk ke dalam.Macam-macam gaya dan ragam kami bah.Tahap keterujaan yang menunjukkan 'kejakunan' kami tu memang nda lari.Hahaha..Ya la macam nda percaya kami berdua boleh sampai di Korea negara Kpop dan Kdrama yang menyebabkan terjadinya gelombang Korea di seluruh dunia.Cheewah!Ayat formal sikit.Hihihi


Ready N Go!Ok?




Ada pula member baru bertudung lagi tu...:-D


Interframe!Hehehe



Konon mau jadi pembaca berita untuk ramalan cuaca.Tapi macam tiada bakat pun!Hahaha

Alalala...Berjumpa lagi dengan 'mereka' di sini


Kdrama - Hwang Jini

Kdrama - Sungkyunkwan Scandal

Kdrama - The Princess Man



Kdrama - Autumn In My Heart

Kdrama - WInter Sonata

Kdrama - Summer Scent




KBS ni banyak mengeluarkan dan menayangkan siri drama-drama Korea yang best.Antaranya lakonan JANG GEUN SUK ~ Marry me, Mary!Drama kesukaanku...Taraaa...;-)


Kdrama - Marry Me, Mary!

SNSD



Farah in the house!Yeeha...;-)



Aik, tiba-tiba dorang ada geng gegurl bertudung lagi tu!Hihihi...Peace Yo!




Tinjau punya tinjau tiba-tiba kami dijemput masuk ke sebuah bilik.Oh, rupa-rupanya ruang 3D!Best juga la..Di bawah ni gambar-gambar dalam bilik 3D tu.Jom layan...

*Maaf, gambar nda berapa jelas sebab dalam bilik tu gelap.Jadi,kami main tekan-tekan punat kamera jak bah!Huhuhu



























Sempat lagi kami buat contengan di papan putih dalam KBS ni.Tengok apa yang kami tulis..Hihihi


Sesi Audio suara kartun








Jom main piano!




Punya besar kami dalam TV.Hahaha







Puas sudah berjimba-jimba di KBS tu, kami teruskan langkah ke 63 Building.Tapi, apa-apa pun sekian dulu cerita hari kelima berada di bandar Seoul bagi sesi paginya.Seperti biasa versi adik Farah Yaakub bolehlah klik DI SINI.



Bye-bye!

1 ulasan:

Nurish berkata...

Beshnya dapat pergi sana..(^___^) Mari jemput singgah blog...