Halaman

Isnin, 14 Julai 2014

HONG KONG TRIP 2014 # DAY 1 : AVENUE OF STARS

20.02.2014

Jam 3.30 petang, kami semua keluar daripada bilik hotel.Agendanya adalah ke Avenue of Stars.Excited!Keluar saja dari pintu hotel kami ambil arah ke kanan jalan terus dalam 20 minit perjalanan dan tiba-tiba kak Tim cakap kami tersalah arah.Aduh, berapa banyak mau sesat jalan ni!Kaki pun mula rasa sakit-sakit sudah.Stress jugak dan agak bengang tapi kena bersabarlah...Huhuhu


Cuba tengok suasana sekitar bandar Hong Kong dengan kepadatan manusia dalam gambar di bawah ni.Rasanya belum peak hour lagi.Berjalan pun kadang-kadang terpaksa berhimpit-himpit!Berlanggar-langgar bahu.Kena pandai main cilok-cilok.Kalau ndak memang ndak dapat lalu.Ndak selesa betul bah...



Sekitar kawasan Tshim Sha Tsui, Hong Kong


Sekitar kawasan Tshim Sha Tsui, Hong Kong


Sekitar kawasan Tshim Sha Tsui, Hong Kong


Masa ni memang sudah sesat tapi rehat sekejap ambik angin konon...;-)


Selepas kami sedar telah sesat barat, kami berhenti dan rehat sekejap ambil peluang menghirup udara segar di bumi Hong Kong ini.Dengan suhu 16 darjah celcius, rasa menusuk ke tulang pula angin sejuk itu!Maklumlah, ndak berapa biasa kan dengan suhu begitu.Tapi sempat juga kak Tim dan kak Suraya bertepuk-tampar manja-manja gitu.Hehehe...

Kemudian, kami berpatah balik arah ke kiri pulak dan masa ini haruslah ambil gambar sepanjang jalan!Ndak kisahlah bertenggek dekat tiang penanda jalan asalkan ada perkataan yang berbeza.Ketara keterujaan yang melampau di situ!Atau pun jakun sebenarnya...Hahaha


Tengok tu ada nama Nathan Road...


Thanks Salina untuk gambar candid ini...hahaha


Kami jalan sampai jumpa tanda arah yang ini...

Laluan bawah tanah


Antara pelakon-pelakon drama Kantonis yang pernah aku minat suatu masa dahulu - Aaron Kwok & Leon Lai Ming!@_@


Apa yang menarik di Avenue of Stars? 

Ianya merupakan tempat penghargaan kepada ramai bintang berbakat besar dalam industri perfileman Hong Kong.Avenue of Stars memberi penghormatan kepada nama-nama yang telah membantu menjadikan Hong Kong sebagai "Hollywood Timur", di samping memberikan pelawat satu pemandangan panorama kepada bandar ini iaitu latar langitnya yang indah, yang terletak secara dramatik dengan dibayangi oleh The Peak.

Dengan plak komemoratif, bekas tapak tangan selebriti filem, catatan peristiwa penting, tanda ingatan filem, patung saiz sebenar adiwira aksi kungfu Bruce Lee, dan replika gangsa kartun popular McDull, Avenue of Stars melambangkan glamor industri filem Hong Kong yang terletak di sekitar Victoria Harbour.

Kepada mereka yang tidak menginap di sekitar Tshim Sha Tsui, bolehlah naik subway ke MTR East Tsim Sha Tsui Station, Exit J. Hanya ikut papan tanda hingga sampai ke Avenue of Stars.

Victoria Harbour

Dari kiri - Zul, Adie, Kak Suraya & AKU

Macam dalam lukisan pula objek-objek yang ada dalam gambar ni.kredit kepada kamera DSLR Salina!=)

Kami - Geng Bas Sekolah!

Dari kiri - Kak Suraya, Salina, AKU, Kak Faridah, Kak Tim & Adie

Dari kiri - Kak Suraya, Salina, AKU, Kak Faridah, Kak Tim & Zul

Chakkk..Aku sampai sudah di sini!Yahoo...=)



Besarnya kapal itu...Hanya mampu memandang!=)
Selfie!

Agak susah mau ambil gambar yang tiada kelibat orang.Tempat ni memang tersangat ramai orang yang datang.Tu yang tangkap gambar sendiri - selfie time!Hihihi



Alhamdulillah, masih diberi peluang melihat keindahan alam ciptaan yang Maha Esa!

Avenue of Stars

Cantik!

Sesi menayang kasut baru.Padahal menahan kesejukan!Hihihi

Subhanallah

Alhamdulillah, Syukran Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada hambaMU ini melihat keindahan matahari terbenam (sunset) di bandaraya Hong Kong!Bertuahnya aku.Sungguh indah ciptaanMU....

Muzium ni sedang dalam proses pembaikan


Comel kan kami?:-D
Lihat betapa riangnya 'kanak-kanak ribena' ni...Hahaha


Tengok bah dorang ni..Macam-macam gaya ada!Siap lenggang-kangkung...Hehehe

Selama dua jam menghabiskan masa di sekitar Avenue of Stars, kami pun bergegas mahu cari makan untuk makan malam.Baru seharian ndak ada makan nasi, gigih juga mencari tempat makanan halal!Macam ndak boleh bah kalau tiada nasi...Oh Nasi di mana kau berada????Hehehe


...akan bersambung!


Kamus perkataan :
Ndak = Tidak / Tak

14 ulasan:

BIBIE KARIM berkata...

Nah siap berkamus ah. Macamana kamu boleh sesat pi Avenue tu haha. Tapi siok sesat, aku lagi suka sebab macam2 dinampak. Xda limpas Heritage 1881 ka.

Jari Manis berkata...

Kiranya yanie x tggu show lampu kul 8 mlm tu ek. Klau HK mmg mesti pegi sini, arghhh rindu sana HK :-)

Di area chunking mansion dan masjid kowloon tu ada mknan halal tp biasa lah mahal gilos :-)

Radin Fadli berkata...

HK pun ada time sejuk rupanya, pergi aritu, dia punya panas bukan main lagilah. Tak tunggu light show? dim sum dekat masjid terbaik!

Syira Shahar berkata...

Seronok & syokknya! Jauh perjalanan luas pemandangan =)

fayreen mizan berkata...

Leon Lai tu saya pun minat jugak dolu-dolu! Comeiii.... :)))

Norharyani Sanusi berkata...

Yakin jak kakak sorang tu tunjuk arah ke kanan.sbb dia suda pernah dtg hk sblm ni kan..sekali jauh suda berjalan rupa2nya silap.mau meletup pun ada tp sabar2 dulu.hihihi

Norharyani Sanusi berkata...

Aku rasa ada nmpk tu Heritage 1881 tp ntah lah mcm x perasan betul mgkn

Norharyani Sanusi berkata...

Ingat nak tunggu tp ahli2 jemaah ckp lapar..kena layan perut dulu la JM.last2 x pergi pun ke situ..Kena repeat lg ni ke HK nampaknya!hihihi

A'ar chungkin mansion byk makanan halal tp cekik darah harga semua

Norharyani Sanusi berkata...

Sejuk mmg luar biasa bagi orang malaysia mcm kita..bawah 20°c pun dah gigil2.

Kita orang x tunggu sebab laparlah plak masa tu.

Norharyani Sanusi berkata...

Betul..dpt tengok mcm2 benda n macam2 ragam manusia

Norharyani Sanusi berkata...

Kira hensem la jgk leon lai masa muda belia dulu..hihihi

Norharyani Sanusi berkata...

Sejuk mmg luar biasa bagi orang malaysia mcm kita..bawah 20°c pun dah gigil2.

Kita orang x tunggu sebab laparlah plak masa tu.

Norharyani Sanusi berkata...

Ingat nak tunggu tp ahli2 jemaah ckp lapar..kena layan perut dulu la JM.last2 x pergi pun ke situ..Kena repeat lg ni ke HK nampaknya!hihihi

A'ar chungkin mansion byk makanan halal tp cekik darah harga semua

Norharyani Sanusi berkata...

Aku rasa ada nmpk tu Heritage 1881 tp ntah lah mcm x perasan betul mgkn