Halaman

Jumaat, 4 Julai 2014

HONG KONG TRIP 2014 # DAY 1

20 Februari 2014 (Khamis) :

Trip kali ni menjejakkan kaki ke bumi Hong Kong bersama kawan-kawan sekuliah dulu di UiTM Kota Kinabalu, Sabah. Asalnya akan pergi bertujuh orang tapi last minute hanya lima orang sahaja yang dapat pergi ke sana.

Tiket penerbangan AirAsia telah dibeli pada 19.10.2013 dengan kos RM458 (termasuk cukai) pergi dan balik untuk seorang, route dari Kota Kinabalu ke Hong Kong. Bagi aku ianya sudah cukup murah (walau pun mungkin ada lagi yang boleh dapat lagi murah).Terima kasih AirAsia!Betullah slogan dorang tu "Everyone can fly"...Hehehe

Seawal jam 4 pagi aku bersiap dan bertolak dari rumah ke airport AA Terminal 2, Kota Kinabalu.Maklumlah, rumahku agak jauh dari pusat bandar KK.Aku kena awal gerak berbanding kawan-kawan lain yang tinggal sekitar Petagas dan Putatan.

Boarding Pass awal-awal lagi sudah siap aku uruskan melalui web check-in.Ada senang sikitlah, ndak payah terkejar-kejar masa pula.Tepat jam 6.40 pagi penerbangan kami berlepas.Sebelum terbang baca doa & kalimah syahadat banyak kali manalah tau ada kejadian buruk yang tak diingini berlaku.Bersedia itu penting sebelum terlambat.Hihihi...

Pemandangan Kepulauan Hong Kong dari atas kapal terbang


Lebih kurang jam 9.20 pagi kami pun selamat mendarat dan tiba di Lapangan Antarabangsa Hong Kong (Terminal 2).Alhamdulillah, awal 25 minit daripada jadual!Sesi pemeriksaan imigresen pun berjalan dengan lancar walaupun ramai orang masa tu.Agak bertabah juga kerana terpaksa beratur panjang sebab ramai gilak...

'Geng Bas Sekolah '


'Geng Bas Sekolah '


Travelmates Trip Hong Kong Feb 2014

Oh ya, dalam kapal terbang sempat berbual dengan seorang budak lelaki ni.Sebaris dengan tempat duduk aku.Rupa-rupanya dorang travel ke HK berdua saja dan main redah ikut suka hati.Akhirnya, dorang buat keputusan ikut serta dengan geng kami pula.Oklah kan sekurang-kurangnya ada jgk 'bodyguard' kami nanti.Hehehe...

Zul & Adie


Misi pertama adalah mencari kaunter kad Octopus.Masing-masing beli kad tu dengan harga HKD150 di mana HKD50 sebagai deposit.Dengan kad ini ianya memudahkan kami turun naik pengangkutan awam seperti bas dan juga tren MTR di kota metropolitan Hong Kong.

Sumber Google : Kad Octopus



Sesudah membeli kad Octopus lebih kurang jam 10.30 pagi, kami naik ke tingkat 7 untuk sarapan di Popeyes Louisiana Kitchen (ada sijil Halal) dan aku ambil menu Set Combo E sosej, telur, biskut susu keju, hash brown dan juga kopi.Kosnya HKD34 lebih kurang RM15.Agak mahal juga la sekali sarapan macam ni..Bukan sedap mana pun!Huhuhu

Popeyes Louisiana Kitchen (ada sijil Halal)




Kemudian, kami bergegas ke booth 1010 untuk simkad traveler pula.Kawan bertiga beli dengan kos HKD88 setiap satu.Kami ndak beli lagi masa ni.Mau cari yang murah sikit.

Terserempak dengan seorang perempuan Indonesia dan siap promo simkad traveler.Empat orang daripada kami jadi mangsa tipunya!Sebab tu simkad langsung ndak boleh guna untuk online internet.Boleh buat panggilan jak..Hahaha.Padan dengan muka kami mau yang murah jak kan..Pengajarannya di sini, tidak semestinya yang murah itu bagus!


Kedai 1010 - simkad traveler

Inilah embak Indon yg tipu kami pasal simkad traveler..huhuhu

Lebih kurang 11.58 pagi kami naik bas bernombor A21 menuju ke bandaraya Hong Kong.Masa ni cuaca agak sejuk!Suhu sekitar 16 darjah celcius.Selepas sejam perjalanan kami pun turun di Nathan Road area Mong Kok untuk urusan check-in.Cari punya cari kami ndak jumpa hotel tu.Ah, sudah!Kami tersilapkah atau tersesat ni?

Usung beg ke depan, kemudian berundur ke belakang sambil tanya-tanya orang akhirnya kami kena naik subway MTR Tsuen Wan Line ke Stesen Tsim Sha Tsui, ikut Exit E.Keluar arah kanan atau kiri pun boleh asalkan melintas ke seberang jalan.Dalam masa 5 minit kami pun sampai di pintu hadapan The Imperial Hotel, Hong Kong.Punya senang rupanya tapi agak tersesat sekejap sebab tersalah info !Hahaha
Sila naik bas A21 dari airport ke Imperial Hotel, Hong Kong


Gambar yang sempat diambil dari atas bas menuju ke bandar HK



Suasana sekitar Imperial Hotel, HK

Jam 1.30 petang kami check-in hotel dan diuruskan oleh kak Tim (Fatimah).Sementara menunggu aku duduk di ruangan tempat duduk hadapan kaunter receptionist sambil cepat-cepat tarik nafas risau kalau pengsan tiba-tiba disebabkan tersilap turun tadi dan sudah tu kena menapak entah berapa jauh.Huhuhu...


Imperial Hotel, Hong Kong


Lobi hotel Imperial, Hong Kong

Urusan check-in 
Usai urusan check-in bilik hotel, kami ambil keputusan rehat sekejap sebelum keluar lagi pada jam 3.30 petang nanti.Zul dan Adie pula tinggal di guesthouse area Chungkin Mansion.Dorang lagi best dalam bilik ada wifi!Kami bayar mahal-mahal sekali wifi pun ndak ada.Kalau mahu juga, kena bayar ikut jam!Dasar kedekut punya hotel!


8 ulasan:

Jari Manis berkata...

Yani! wahhh tdo hotel mahal tu, Jm dulu stay hotel biasa2 je hikss

Farikica berkata...

Salam, 1st time visit..he..he.. Murah betol tiket ke HK tu ya... Saya pon rasa nk ulang HK kalu ade kesempatan sebab dulu p x bnyak tmpt dpt cover... Mbak tu bukan main stylo lagik yer... hasil jualan sim kad ler tu...ha..ha..

Norharyani Sanusi berkata...

JM, hotel tu kwn yg arrange kan..kita org ikut jer la.tapi, mmg x memuaskan hati betul la.dah la mahal kecik plak!

next time pegi nak stay dkt guesthouse jer..hehehe

Norharyani Sanusi berkata...

Thanks Farikica..blog ni x seberapa bagus banding dgn blog korang dll.hehehe

murah ker?rasanya ada lg murah drpd itu.sygnya x dpt grab!huhuhu

hahaha..mbak HK yg stylo!free jer kena tipu dgn dia

Bibie Karim berkata...

Aku dulu stay di Chungkin tu. Memang free wifi, laju lagi. Siok bah di HK ni tapi masa aku tu ari summer ah. Melekat2 tu peluh di muka. Ada ni plan mau repeat kunun. Haha.

NEKCIK berkata...

lamanya baru buat entry. .he..he

Norharyani Sanusi berkata...

Bibie, urusan booking hotel kwn yg buat.jadi main ikut jak kunun.sekali x padan dgn mahalnya..wifi pun mau bayar ni!huhuhu

Iya, sama la ni.ada niat mau repeat ke HK lagi..maybe route hk-macau-shenzhen

Norharyani Sanusi berkata...

Makcik..tau2 je la kemalasan melanda!hihihi