Halaman

Jumaat, 31 Oktober 2014

CUTI-CUTI SABAH : VICTORY MINI ZOO FARM, KUDAT, SABAH

Salam Mesra dari Negeri di bawah bayu...


Nama saja aku orang Kudat dan rata-rata ahli-ahli keluargaku menetap di sana.Kemudian, selalu saja limpas-limpas (lalu) tu Victory Mini Zoo Farm tapi ndak pernah singgah pun.Apa punya teruklah perangai orang macam aku ni kan?Hihihi...

Ceritanya pada 22/6/2014 bersamaan hari Ahad, aku bawa adik-adikku, adik-adik ipar dan anak buahku pergi melawat tempat ni.Bosan punya pasal la ni...=)


Merakam kenangan di hadapan pintu masuk Mini Zoo, Kudat


Victory Mini Zoo Farm, Kudat sebenarnya di bawah syarikat Top Victory Plantation Sdn Bhd.Ianya terletak berhampiran dengan Kg. Parapat, Batu 16, Kudat, Sabah.Caj masuk untuk dewasa RM5 seorang dan RM3/orang untuk kanak-kanak bagi warganegara.Bukan warganegara pula dikenakan caj sebanyak RM25 (Dewasa) dan RM15 (Kanak-kanak).Bagi aku caj tersebut agak berbaloi dan murah jugaklah berbanding bayaran masuk ke Taman Buaya, Tuaran yang mana RM15 seorang bagi dewasa.Fuh, cekik darah betul! 

Sudah beli tiket, kami pun bergegas masuk ke dalam Mini Zoo tersebut bertemankan cuaca yang agak panas.Tiada angin dan berbahang.Satu-satu tempat haiwan peliharaan kami singgah.Ada monyet, buaya, rusa, musang, burung-burung, itik, ayam serama, kura-kura, babi hutan, tupai dan ular.Rasanya ada lagi haiwan lain tapi ndak ingat atau pun kami ndak singgah.Gambar pun ndak ambil.Sebabnya kawasan Mini Zoo ni agak luas jugak untuk dilawat.

Bah, mari kita tengok gambar-gambar sekitar Victory Mini Zoo Farm, Kudat...

Sekumpulan rusa

Berposing dalam cuaca yang agak panas hari itu...

Buaya

Adikku Mala dengan anak buah kami - Cemboy

Monyet

Musang Hitam


Landak

Malu bah si Landak ni..Hihihi

Ada tasik / kolam buatan dalam mini zoo

Dalam 20 minit berjalan jumpa pula tempat berteduh di tepi tasik / kolam buatan dalam Mini Zoo ini.Tanpa melengahkan masa kami berebut-rebut duduk sambil minum air mineral yang dibawa.

Anak buahku pula sibuk-sibuk membawa tengok kandang di hujung tepi tasik tu.Kehairanan dia bila dengar bunyi bising yang kuat.Rupa-rupanya ada beberapa ekor babi hutan yang bersaiz besar yang dia ndak pernah lihat sebelum ni.Terpaksalah aku dukung dia dan bawa tengok secara dekat (dengan jarak yang terjaga) bagi memuaskan hatinya.

Kalau ndak habis dia berlari-lari ke kandang tu gara-gara mau tau apa jenis haiwan tu bah.Papanya pun bising sudah sebab ndak mau dengar cakap.Budaklah katakan.Semangat ingin tahu tu sangat kuat.Banyak kali kita larang pun tetap juga dibuatnya.


Peace!

Rehat sebentar setelah penat berjalan dalam mini zoo

Macam-macam jak perangai anak buahku ni.Muka kartun betul!Hahaha



Kucing Hutan

Fuh, jauh menapak masuk ke dalam lagi...


Burung Hantu


Ayam Serama / Katik


Itik-itik pun ada...=)


Encik Buaya yang gemuk!

Anjing peliharaan pemilik Mini Zoo, Kudat

Kura-kura

Ular Kuning Albino & Ular Sawa Hitam

Ular Kuning Albino

Cemboy bersama papanya

Bersama adik-adik iparku - Syima & Sue

Dari kiri - Mala, Sue & Syima

Sesi bertemu peminat...Hahaha

Sebelum berjalan keluar dari Mini Zoo tu, ada satu kandang monyet di tepi.

Dialog anak buahku :

Cemboy : Hai monyet.Lama sudah kita ndak jumpa!
Aku       : Aik, bila masa plak ko pernah jumpa dia ni? (kehairanan)

Kami semua pun ketawa.Sudahlah begitu, anak buahku ni pandai merunding sama tu pekerja Mini Zoo minta kura-kura seekor, tupai dll.Pekerja tu senyum-senyum jak layan dia.Taulah masih budak kan...Hehehe

Dalam dua jam juga kami luangkan masa meronda-ronda sekitar Mini Zoo Farm, Kudat ini.Gembira kerana berjaya menjejakkan kaki ke sini.Sebenarnya, daerah Kudat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.Aku akan kongsi pada entri akan datang.Nantikan ya...


-TAMAT-

7 ulasan:

Bibie Karim berkata...

Nah cumil tu anak buah mu. Pandai nego lagi, boleh sudah ni trip2 businessman ah. Tapi kesian ku tengok tu rusa, kurus2 bah. Adui tulah aku malas pi zoo ah.

Norharyani Sanusi berkata...

Hahaha..kurus2 ah tu rusa!nda dikasi makan sedap2 bgtu la kejadiannya.iya,kesian...

Jari Manis berkata...

dah lama x masuk Zoo..Zoo negara yg ada panda termahal 2 ekor tu pun x perig tgk lagi

sihh..petah tul anak buah Yani tu..cute je..best kalau pegi Zoo bawak budak2 ni..kasi dorang kenal binatang..kalau dh dewsa cam JM ni sesaja masuk Zoo x lah kot ahahaah

Jari Manis berkata...

psst : Yani..bila mau sambung citer travel HK tu...baru hari pertama kan

Norharyani Sanusi berkata...

Betul JM..pegi zoo kena bawa budak2.hihihi

Norharyani Sanusi berkata...

A'ar..day 2 baru publish tadi.hehehe

(Tgh berusaha nak jd blogger yg rajin update trip mcm JM & Bibie...)

Dhani Tour Bandung berkata...

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Call : +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Website : www.paketpelanconganbandung.com
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA