Halaman

Khamis, 30 Oktober 2014

HONG KONG TRIP 2014 DAY 1 : LADIES MARKET, MONG KOK

Sambungan...


Buat pengetahuan semua, untuk hari yang pertama kami ndak tunggu pun A Symphony of Lights tu.Pada hemat aku, hotel yang kami menginap tu dekat jak dengan Avenue of Stars.Besok-besok pun masih boleh singgah konon.Sekali tengok, langsung ndak dapat menyaksikan multimedia show yang melibatkan lebih 40 buah bangunan sebelah-menyebelah di sekitar Harbour.Padan muka melepas peluang!Hihihi...(macam bagi hint untuk repeat trip ke HK lagi ni).

Usai makan malam, kami semua balik sekejap ke bilik hotel masing-masing.Rehat dan buat apa yang patut.Kami janji jam 8.30 malam jumpa di depan Chungking Mansions.Tunggu-tunggu, dua orang hero kami tu ndak jugak muncul.Puas sudah hantar mesej di wechat.Mungkin tertidur sudah hero-hero berdua tu.Bah, ndak apalah.Esok masih ada.Kami pun apa lagi teruskan misi ke Ladies Market.


Comel ka kami?hihihi



Yang bagusnya tempat kami tinggal (menginap) tu, berdepan dengan Stesen MTR Tsim Sha Tsui.Jadi, sangat senang mau bergerak ke mana pun.Ndak jauh menapak.Selamat segala kaki betis paha kami...Hehehe

Dari Tsim Sha Tsui MTR Station, kami berhenti di Mong Kok MTR Station iaitu Line warna merah/hijau. Sampai di Mong Kok Station, kena cari Exit D3 atau E2.Sudah jumpa Exit tu, kena jalan terus ke hadapan lagi selang beberapa blok kedai. Nanti akan jumpa gerai-gerai di Ladies Night Market yang mana pasar malam ni berada di sepanjang Tung Choi Street.

Jom layan gambar-gambar yang sempat diambil...




Ada 'Doktor' plak di sini...Hehehe

Sempat lagi ambil gambar - sebelum keadaan makin sesak!

Suasana di Ladies Market, Hong Kong



Kami - Aku, Salina & Kak Faridah


Sedikit info berkenaan Ladies Night Market, Hong Kong...

Terdapat lebih 100 buah gerai yang menawarkan pakaian, aksesori dan cenderahati seperti jam tangan, produk kosmetik, beg, barang perhiasan rumah, CD dan bermacam-macam lagi. Ini memberikan peluang kepada anda mempraktikkan kemahiran tawar-menawar sepanjang satu kilometer di Tung Choi Street.

Waktu operasi sekitar jam 4 petang sehingga ke tengah malam setiap hari kecuali hari Ahad ataupun cuti umum iaitu hari pertama Tahun Baru Cina.



Beg-beg yang comel - wajah kucing & anjing

Pelbagai souvenirs yang menarik tapi harga pun macam 'tertarik'..Mahal!




Comel betul keychain ni...;-)


Beg yang unik!

Sepanjang barisan Ladies Market ni ada juga kereta lalu-lalang.Sila berhati-hati sebab ada juga yang suka memandu dengan laju.


Kami ndak shopping apa pun di sini.Sekadar meninjau-ninjau suasana Ladies Market yang selalu disebut-sebut oleh kawan sebelum ni.Mau juga tau apa yang istimewanya tempat ni kan?Oh..Pada pandangan mata ku, ndak berapa murah pun harga ditawarkan di sini.Mau tawar-menawar pun susah.Bukan juga sebab perbezaan bahasa (sebab ada juga yang pandai cakap bahasa Melayu) tapi macam 'degil' plak para penjualnya!Pendek kata, aku ndak pandai tawar-menawar!Hahaha...Daripada kena maki, baik kami tengok-tengok jak dulu!Esok lusa masih ada...=)


Beg versi meow2

Pelbagai beg tangan wanita 



Selendang pun ada dijual



Suasana di pasar malam tu makin lama makin ramai orang. Bagi orang yang ndak suka sesak-sesak ni memang rimas. Mau tengok barang-barang jualan pun berhimpit-himpit. Sudahlah begitu, ada plak ahli-ahli rombongan yang 'hilang jejak' kak faridah dengan kak suraya.Banyak kali dorang kak Tim sama Salina mencari ndak kejumpaan.Telefon pun ndak dapat.Mesej pun ndak berbalas.Aku? Nah, aku plak jadi tukang tunggu di satu tempat yang mudah dilihat iaitu berdiri di tengah antara gerai-gerai pasar malam tu. Kira 'check point' la..Mana la tau tiba-tiba ternampak dua orang tu berhampiran di situ plak. 

Penat juga la dorang kak Tim sama Salina keluar masuk ke lorong-lorong antara gerai. Sampai ada satu keluarga ni orang Sarawak datang dan bertegur sapa dengan kami. Kebetulan kak Tim dan Salina ni orang Kuching, Sarawak. Berkurapak (berbual-bual) dialek Sarawak la dorang. Aku cuma mendengar dan senyum jak sebab bukan aku faham sangat pun...Hihihi

Akhirnya, kak Faridah dan kak Suraya kejumpaan juga dan kami pun balik semula ke hotel.
Apa lagi, cepat-cepat balik sebab badan dan kaki sudah penat!Huh....


3 ulasan:

Jari Manis berkata...

x suka beli souviner di ladies market ni mahal..pastu x boleh nak bargain..peniaga lak sombong..sudahnya kami balik camtu je tgn kososng. Then di di area chungkin mansion ada kedai yg jual lagi murah

Norharyani Sanusi berkata...

Betul JM..susah sgt nak bargain dgn dorg.menyampah pun ada.hahaha

Norharyani Sanusi berkata...

Betul JM..susah sgt nak bargain dgn dorg.menyampah pun ada.hahaha