Halaman

Rabu, 12 November 2014

HONG KONG TRIP 2014 # DAY 2 : HONG KONG DISNEYLAND

21.02.2014 (Jumaat)


Hari kedua di tanah Hong Kong, bangun pagi dengan senyuman kemudian bersarapan dengan stok-stok makanan yang kami bawa.Beg aku saja dalam 5 kg - maggi, biskut, roti, minuman paket 3 in 1 (nescafe & milo), makanan tin & sardin, sambal udang (buatan sendiri) dan juga nasi himpit (masak sedia dari Sabah).Meriah sungguh bilik hotel kami.Ibarat berada dalam syurga sebab makanan banyak.Hehehe



Stok makanan kami bertiga - macam buka kedai runcit!Hahaha


Gembira betul kami bertiga, sarapan sambil bercerita.Ada yang lucu, suka-suka ketawa!Paling kelucuan sebab Salina tersalah masak tu maggi cup.Patutnya, maggi goreng tapi boleh pula dia termasak macam maggi biasa - berendam dengan air panas!Pecah ketawa kami pagi-pagi buta.Hahaha...

Dalam jam 10.30 pagi, kami keluar dari bilik hotel.Berkumpul depan Chungking Mansions.Bila semua sudah ada, barulah kami bergerak sama-sama ke stesen MTR.Dari MTR Tshim Sha Tsui ke Disneyland Hong Kong (ikut arah Tsuen Wan Line).




Lebih kurang dalam sejam perjalanan selepas turun naik, keluar masuk dan tukar line subway akhirnya sampailah kami di hadapan Gate Disneyland Hong Kong.Nah, masing-masing berperangai macam kanak-kanak ribena.Macam-macam gaya bergambar pun ada.


Suasana dalam tren Hong Kong

Pastikan anda naik / ikut tren menuju ke Disneyland Hong Kong


Bergambar sementara menunggu tren ke Disneyland Hong Kong

Inilah tren menuju ke Disneyland Resort.Kalau nampak ada gambar kartun Mickey Mouse, memang tren yang betul untuk dinaiki.


Snap!



Keadaan kami di dalam tren MTR Hong Kong

Setiap hari pun ramai orang dalam tren ni.Bertabahlah selalu!

Taraaa..=)

Akhirnya, sampai juga kami di sini!





Saranghae







Kami berlima - aku, kak Tim, Salina, kak Suraya & kak Faridah












Senarai harga-harga tiket






Untuk trip kali ini, kami bertiga ndak masuk pun ke dalam Disneyland Hong Kong tu.Sebab utamanya, kak Suraya dan Salina masing-masing ada anak.Jadi, mereka berhajat membawa anak-anak ke sini suatu hari nanti.Makanya, kami membuat keputusan mengukur keluasan CityGate Outlet yang ndak jauh dari sini.Bah, jom jalan kita!



In Shaa Allah, aku pasti datang membawa anakku ke sini suatu hari nanti!=)





Sebenarnya, Ngong Ping 360 tu sangatlah berdekatan dengan CityGate Outlet.Tapi, memandangkan kakak-kakak ku sekalian ingin bershopping aku diamkan saja apa yang bermain dalam otakku masa tu.Ndak apa.Pasti suatu hari nanti akan ku jejak kembali kawasan ini.


Sedikit info berkenaan Ngong Ping 360 :


Ngong Ping 360 adalah tempat yang sesuai untuk meneroka Pulau Lantau.Perjalanan akan bermula dengan menaiki kereta kabel selama 25 minit dari Tung Chung.Crystal Cabin menawarkan pemandangan laut dan gunung hijau yang subur.Sebaik sahaja keluar dari kereta kabel, anda akan melihat Ngong Ping Village yang seluas 1.5 hektar.Di situ terletak pelbagai kedai dan restoran yang menawarkan pengalaman membeli-belah dan makan yang menarik.


Nampak signboard menuju ke arah Tung Chung Cable Car Terminal - Ngong Ping 360

Di hadapan CityGate Outlet - gedung membeli-belah pelbagai jenama yang pastinya menjanjikan harga yang berpatutan

Berjam-jam juga kami meluangkan masa di sini.Sampai penat kaki berdiri menunggu lepas seorang, seorang pula masuk ke kedai-kedai di dalam bangunan ni.Apa pun, sempat juga aku rembat satu sling bag dan dompet jenama espirit.Harga memang berbaloi.Murah!Tak tercapai dek akal orang bilang.Hehehe


Sampai terduduk sebab penat menunggu dorang shopping!Hahaha

Pastinya, mereka yang masuk ke dalam Disneyland Hong Kong tu gembira bukan kepalang!Sampai macam ndak larat sudah mau berjalan balik ke hotel.Dalam masa yang sama, agak stress terpaksa meredah selautan manusia di dalam tren.Hebat sungguh bumi Hong Kong dengan kepadatan manusia yang ada.Kalau ditanya dengan diriku, memang aku ndak boleh hidup di sini untuk suatu jangka masa yang lama.Berserabut rasanya!

4 ulasan:

BIBIE KARIM berkata...

HK memang super padat mau lagi weekend. Tapi aku suka sistem diorang sana. Teratur. Padat & ramai tapi servis tip top. Aku kalau dikasi pilihan aku naik Ngong Ping tu dari Disneyland. Bukan jiwa ku theme park ni tapi Everland terkecuali. Itu memang aku suka masuk. Bias gila kan.

Norharyani Sanusi berkata...

Sebenarnya bie aku pun bukan jiwa taman2 tema ni.hahaha.utk trip kali ni bukan aku yg group leader.iti org lain yg buat.makanya,kena timbang rasa la sama yg lain.kami bertiga mau pegi ocean park bah tu tapi...postponed!

Jari Manis berkata...

5kg makanan?..Pitam!!..hahaha..garuslah kan kat sana makanan HALAL harga berganda

10.30 pagi baru keluar..lambat nye
dah mahal tiket skrang ye..JM pegi dulu 390 HKD ye...ala..kenapa x pegi sendiri je ke Ngong Ping Village tu..tggal dorang yoping

Kalau naik train time org balik kejer lagi lah..mcm sardin

Norharyani Sanusi berkata...

Hahaha.byk kan JM?tp puas hati la sbb byk stok makanan.

Lambat sbb ikut stail makcik2 tu semua..hahaha.faham2 jer la JM...

maknanya kena repeat lg trip HK ni nnt..tu yg x sempat ke ngong ping village..cerdik sungguh!hahaha