Halaman

Selasa, 18 November 2014

HONG KONG TRIP 2014 # DAY 3 : THE PEAK & MADAME TUSSAUDS



22.02.2014 (Sabtu)


Pagi sabtu nan indah, kami bersiap-siap untuk agenda hari ini membuat lawatan tapak ke Madame Tussauds, Hong Kong.Secara umumnya, aku hanya tahu tempat itu untuk menempatkan patung lilin seperti manusia.Tapi, masih belum pernah menjejakkan kaki ke mana-mana muzium patung lilin yang berada di dunia ini.Nduk bah..Kesian kan?Hihihi...

Tengok ni sambal udang home made pun boleh jadi beku walau suhu hanya dalam 14 - 16 darjah celcius.Ndak perlu masukkan dalam peti ais.Semulajadi membeku.

Naik tren ke arah MTR Central Station

Bagaimana mahu ke sana? 
Dari MTR Tsim Sha Tsui Station kena turun ke MTR Central Station.Berjalan keluar ikut Exit J2.

Ataupun naik Bas no. 15 dari Exchange Square Bus Terminus (berdekatan dengan MTR Hong Kong Station, Exit D).Boleh juga menaiki Mini Bas no. 1 dari public transport interchange di MTR Hong Kong Station, Exit E.


Sempat lagi ambil gambar Wefie bersama Kak Tim & Kak Faridah



Ndak ingat di mana kami lalu tempat ni tapi sempat juga ambil gambar sebab comel sangat deko-deko kek & mini keknya 




Semangat betul mereka berenam ni.Jauh ke depan berjalan.

Nampak ini keluar ikut arah ke Peak Tram Terminus

Seperti biasa, menyempatkan diri bergambar kenangan.Aku lupa apa nama taman ni.Yang pasti, kena lalu sini untuk ke The Peak tu!

Kena limpas (lalu) lampu trafik, kemudian berjalan ke arah depan dan belok ke kanan 

Sila berhati-hati semasa melintas dan kalau boleh sila pegang bahu kawan anda...hehehe

Wefie berdua dengan Kak Suraya.Di jalan raya pun boleh tapi pastikan keselamatan diri terjamin.Ok?=)

Nun jauh di sana..Kena menapak berpuluh-puluh langkah lagi ke hadapan sebelum berjumpa dengan The Peak

Bangunan-bangunan di sekitar The Peak

Dalam sibuk-sibuk ambil gambar itu ini, bila sudah sampai di hadapan kaunter The Peak & Madame Tussauds kami tergesa-gesa beli tiket.Ramai pula manusia sedang beratur.Ini ndak boleh jadi ni.Mesti kena cepat sebelum keadaan makin sesak!

Kami beli tiket pakej kombo 2 dalam 1 iaitu The Peak Tram (pergi balik) + Madame Tussauds HKD280 untuk seorang dewasa.Beli online dalam HKD265.Masa operasi bermula jam 10.00 pagi - 10.00 malam setiap hari termasuk cuti umum.Sebenarnya, agak merugikan kalau beli asing-asing contohnya hanya masuk ke Madame Tussauds sudah dikenakan caj HKD240 tapi kalau beli online daripada website Madame Tussauds Hong Kong boleh dapat harga hanya HKD135.Lagi banyak boleh jimat!

Selesai beli tiket, semua kena beratur.Siap ada penghadang untuk cukupkan kuota setiap sesi.Apa lagi, mau ndak mau kena 'kecilkan badan' untuk masuk kumpulan yang awal.Hahaha.Nasib baik sempat.Lebih kurang 20 minit tram sampai dan giliran kami naik.Agak sesak juga dalam tram tu sampaikan kami kena berdiri sebab ndak ada tempat duduk langsung.Habis dirembat oleh pelancong-pelancong lain.Ndak apalah yang penting dapat ambil gambar masa dari bawah naik ke atas The Peak walaupun agak menggerunkan.Tram tu macam mau naik ndak naik saja.Risau juga kalau-kalau terundur ke belakang dan jatuh ke bawah.Fuh, imaginasi tinggi betul!

Keadaan kami semasa menunggu giliran ke The Peak & Madame Tussauds, Hong Kong


Bersama abang-abang pilot MAS yang kami terjumpa dan sempat berkenalan.Gelabah juga masa dapat berita pasal MH370 sebab nama kapten tu seakan-akan sama dengan yang berbaju merah.Syukur, bukan dia!=)

Suasana dalam tram

Pelbagai cendera hati ada dijual di sini

Gelang 'bangle' yang pelbagai corak

Rambang mata memilih sampai ndak terbeli pun..hehehe
Beberapa info berkenaan Madame Tussauds, Hong Kong :-

Dengan lebih 100 patung lilin seperti manusia, Madame Tussauds Hong Kong membawakan keseronokan dan pengalaman interaktif dengan selebriti, di mana setiap orang boleh menjadi bintang ataupun membandingkan diri mereka dengan orang sebenar.

Pengunjung boleh melihat secara dekat wajah-wajah terkemuka dunia di sepuluh kawasan bertema yang terletak di The Peak Tower, iaitu Hong Kong Glamour, Royal Family, Historical and National Heroes, TV Studio, World Premiere, SCREAM, The Champions, Authentic History, Music Icons dan Fantasy Kingdom.

Para pengunjung boleh belajar seni mempertahankan diri daripada Jackie Chan, berlatih Wing Chun dengan Donnie Yen, bergambar kenangan dengan Barack Obama, bergaya glamor di permaidani merah dengan Angelina Jolie, menjamu sarapan pagi bersama Audrey Hepburn, menjaring bola keranjang dengan Yao Ming, menari dengan Lady Gaga, bergaya bola sepak dengan Christiano Ronaldo, merasa denyut jantung Andy Lau dan bertemu superheroes.

SCREAM adalah tarikan seram pertama di Hong Kong. Dengan latar menyeramkan sebuah pusat orang gila, ia menjanjikan persembahan yang menakutkan dengan penggunaan orang sebenar dan makhluk dari lilin. Apabila melalui koridor gelap, pelawat perlu memberanikan diri untuk menempuhi tempat yang dipenuhi dengan pembunuh psiko yang berkeliaran.

Sempurnakan perjalanan di Madame Tussauds Hong Kong dengan singgah di kedai cendera hati yang menawarkan pelbagai cendera hati dan hadiah daripada tangan lilin, kepada patung menyerupai anda, kiub gelas 3D dan banyak lagi.


Jom layan gambar-gambar dengan patung lilin.Banyak lagi gambar yang ada tapi ini sebahagian saja terutama untuk patung lilin yang dikenali.Kiranya bias lah kan?Huhuhu


Rupa-rupanya Lee Min Ho baru dapat bertemu dengan PAnya...hahaha

Close up muka tu - LEE MIN HO.Sebenarnya, aku pelik juga kenapa bentuk muka dia ni lain semacam.Ndak seperti biasa.Pendek kata, ndak hensem pun patung lilin dia ni!Hahaha

Bersama cinta sonata ku - Bae Yong  Joon

Chiling Lin (model dan pelakon dari negara Taiwan)

Nicole Kidman

Gaya mutu keunggulan - Louis Koo

Wefie dengan Louis Koo...hihihi

Ingin merasa denyut jantung Andy Lau tapi...

Andy Lau yang masih segak walau dimamah usia...

Aaron Kwok sesi bertemu peminat dari Sabah

Meryl Streep

Aaron Kwok yang sentiasa menawan hati

Jay Chou merupakan seorang pemuzik, pelakon, pengarah dan penulis lagu juga berasal dari Taiwan

Li Bingbing, seorang pelakon dan penyanyi yang berasal dari negara China.

Jom turun ke bawah tengok apa yang patut.Adie sempat lagi buat simbol 'peace'!

Laluan ke bawah muzium patung lilin

Betapa kagumnya aku dengan Puteri Diana pada masa hayatnya ada.Mempersona!

Saddam Hussein

 Leslie Cheung
Sayangnya, sanggup bunuh diri terjun dari tingkat 24 bangunan Mandarin Oriental Hotel pada 1hb April 2003 akibat kemurungan yang dialami.

Kalau tengok muka Eric Tsang ni mesti aku terketawa.Lucu!

Acara menari bersama Marilyn Monroe

Bersarapan pagi dengan Audrey Hepburn

Lanun Johnny Depp yang sporting tapi serius!

Zaman sekolah rendahku dulu, memang suka betul tengok drama-drama ataupun wayang-wayang Kantonis mahupun Mandarin.Al-maklumlah, siaran TV dulu hanya ada TV1 dan TV2.Hampir setiap hari mesti sudah di depan tv semata-mata ndak mau ketinggalan drama-drama Kantonis.Sampaikan belajar pun mesti tengok drama tu dulu..Banyak juga yang aku minat tapi lupa pula apa tajuk-tajuk drama tu semua.Makin meningkat usia, makin kurang pula daya ingatan!Hihihi...Cuma yang pasti aku memang 'kenal' wajah-wajah kesayangan hamba - Jimmy Lim, Leon Lai Ming, Andy Lau, Louis Koo, Aaron Kwok, Jet Li, Chow Yun Fatt dan seangkatan dengan mereka.Paling minat drama bersiri berkisarkan jenayah.Tapi, sekarang ni zaman kegemilangan drama-drama Kantonis sudah diganti dengan kepopularan drama-drama Korea!Hanya tinggal kenangan semua itu.


Pelakon pujaan hatiku suatu masa dulu - Leon Lai Ming

Meniru gaya Caca (pakcik) Amitabh Bachan

Selesai bertanding golf dengan Tiger Woods di Kejohanan Dunia tahun 2014...hihihi

Sumo ka apa ni?blurrrrr...Hahaha

Sesi menguji kekuatan bersama Peninju Muhammad Ali





Macam kita mau menari joget pula ni Shushu (Uncle) Donnie Yen..=)

Cara-cara membuat patung lilin manusia

Nampaknya ada 'ahli baru' kumpulan Twins...Hahaha

Suka tengok wajah Teresa Teng.Comel dan ayu!
Beliau merupakan penyanyi pop asal dari negara Taiwan.Meninggal pada tahun 1995 atas sebab serangan penyakit asma semasa sedang bercuti di Thailand.

Lady Gaga yang seksi

Iron Man

Dalam dua jam lebih juga kami meluangkan masa di sini.Bergambar sakan aku dengan patung-patung lilin tu.Banyaklah yg selfie,wefie ka apa..Sebabnya, kakak-kakakku tu sekejap saja di dalam Madame Tussauds.Dorang bergambar mana yang popular jak.Aku?Tahap kejakunan mengalahkan orang utan memang begitulah.Nasib baik ada Zul dan Adie bolehlah berganti-ganti minta ambilkan gambar tapi sayangnya pada saat-saat mau keluar sudah.Ndak apalah akan datang kalau ada rezeki jejak ke Hong Kong pasti aku mau ke sini lagi untuk 'membalas dendam' yang masih bersisa.Kena bergambar betul-betul.Bukan setakat stail selfie atau wefie.=)

Bye!

7 ulasan:

Jari Manis berkata...

First - cantik header :-)

X aci..time JM pegi dulu artis Korea mmg x de..jelez ma gambar sama Lee Min Ho tapi x hensem sbb nampak tua..ndak pandai org yg buat patung lilin Lee Min Ho tu..ngak jadi

apa?..belum puas katanya...hee..repeat!!! JM pun repeat gak

Norharyani Sanusi berkata...

Thanks JM atas pujian!=)

Tu la mmg x hensem la patung lilin LMH.tp siap belek keseluruhan anggota badan dia.hahaha

Kena repeat jgk one day sbb x sempat lepak atas tu...(alasan sgt kan..hihihi)

nohas berkata...

Assalam..boleh refer sini kalau nak ke Hong Kong nanti..good info..

kena baca dari Day 1 ni..Teresa Cheng tu mcm real je..

aba h berkata...

JOM UMRAH


Mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.

UMRAH PERSENDIRIAN
Ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej di samping faktor kepuasan

Wujudnya group telegram atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload terdahulu telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua bulan dua group telah di perlukan di mana setiap group telegram boleh menerima 200 member. Kini group ke 3 pula di mulakan
Pertemuan Ahli UP yang sedia telah mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, tetapi telah mewujudkan PRM yang ada kini.
Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” group ke 3 tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya.

Jika anda pembaca berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat :
1. beragama Islam
2. berumur 18 tahun ke atas dan
3. berminat menyertai

di kehendaki memohon kepada email menyatakan hajat itu dan menyertakan no telegram kepada email : umrahsenang@gmail.com
Ada yang bertanya, kenapa tidak di letakkan no telegram moderator;
Jawapnya no pengguna telegram adalah hidden dan sesiapa yg berminat hendak berusaha sedikit.

Sekian terima kasih

aba h berkata...

JOM UMRAH


Mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.

UMRAH PERSENDIRIAN
Ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej di samping faktor kepuasan

Wujudnya group telegram atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload terdahulu telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua bulan dua group telah di perlukan di mana setiap group telegram boleh menerima 200 member. Kini group ke 3 pula di mulakan
Pertemuan Ahli UP yang sedia telah mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, tetapi telah mewujudkan PRM yang ada kini.
Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” group ke 3 tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya.

Jika anda pembaca berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat :
1. beragama Islam
2. berumur 18 tahun ke atas dan
3. berminat menyertai

di kehendaki memohon kepada email menyatakan hajat itu dan menyertakan no telegram kepada email : umrahsenang@gmail.com
Ada yang bertanya, kenapa tidak di letakkan no telegram moderator;
Jawapnya no pengguna telegram adalah hidden dan sesiapa yg berminat hendak berusaha sedikit.

Sekian terima kasih

Norharyani Sanusi berkata...

Wassalam..

Maaf lmbt respon.terima kasih sudi bertandang.biasa2 jer blog ni.hihihi

kan mcm real jer teresa cheng tu.dahlah comel cantik plak..=)

Norharyani Sanusi berkata...

Wassalam..

Maaf lmbt respon.terima kasih sudi bertandang.biasa2 jer blog ni.hihihi

kan mcm real jer teresa cheng tu.dahlah comel cantik plak..=)