Halaman

Sabtu, 31 Januari 2015

HONG KONG TRIP 2014 # DAY 4 (FINAL DAY)

SAMBUNGAN...



Sebelum menamatkan cerita Trip ke Hong Kong yang ndak pandai habis-habis ni, aku mau kongsi tempat-tempat makan yang sempat kami terjah semasa berada di sana 4 hari 3 malam.

1) Popeyes Louisiana Kitchen (ada sijil halal)

Sarapan pertama kami di bumi Hong Kong adalah memilih menu di Popeyes Louisiana Kitchen.Lapar punya pasal kami bedal saja..Itu pun hasil carian daripada blog-blog.Terima kasih!=)



Lokasi di tingkat 7, Hong Kong International Airport




Aku ambil menu Set Combo E sosej, telur, biskut susu keju, hash brown dan juga kopi.Harga HKD34 (lebih kurang RM15)


2) P.M. Club

Hari pertama kami makan malam di sini.Terletak dalam Chungking Mansion.Tapi, kena naik lif untuk ke tingkat atas.Apa pun, untunglah sebab hotel dekat dengan tempat ni.Bila-bila rasa lapar boleh terjah.

Menu adalah ayam tandoori.Tapi, ndak tau di mana sudah aku letak gambar ayam tu.Rasanya memang ada aku snap cuma ndak jumpa balik tu gambar.Huhuhu..Apa yang boleh aku cakap menu ayam tandoori tu memang sedap sampai dua tiga kali kami pegi sini semata-mata ayam tu jak!Macamlah di KK tiada kan?Hahaha...





Harga setiap menu pun boleh tahan mahalnya

Ini kena bagi macam percuma saja rasanya..Sebab setiap kali makan sambil menunggu menu lain sampai mesti 'Papadom Bakar' ni kena letak atas meja kami.


3) Bismillah Kebab House

Hari ketiga kami makan di sini pulak.Masing-masing order chicken leg dengan nasi putih.Tapi..nasi putihnya macam nasi pulut jak.Ndak sukanya sebab memang ndak boleh habis pun nasi tu aku makan..Air plak aku minta kopi susu ais dengan harga HKD15, gelas ndak besar ya!

Antara menu yang ada di Bismilah Kebab House, Hong Kong


Wajah-wajah "geng bas sekolah' yang kebulur!


Akhirnya, HKD522 bil yang perlu kami bayar.Boleh tahan lumayan!


4) Rumah Makan Sedap Gurih (Masakan Asli Indonesia)

Selepas dari Madame Tussauds, kami terjah plak restoran masakan Indonesia.Kak Tim cakap masa dulu dia datang ke Hong Kong ni, dia ada makan dekat restoran masakan padang.Google punya google jumpa.Cuma bila sudah sampai macam bukan ini yang dimaksudkan olehnya.Ndak apalah..Janji perut kami kenyang.

Kawasan rumah makan ni ramai rakyat Indonesia berkeliaran.Maksudnya, tempat ni memang kawasan mereka mencari rezeki yang halal di negara Hong Kong.










Route dari Tsim Sha Tsui MTR Station ke Rumah Makan Sedap Gurih, Hong Kong :-

1) Naik tren dari Tsim Sha Tsui MTR Station (Tsuen Wan Line) ke Admiralty MTR Station (Island Line - warna biru) / (Interchange)
2) Sampai di Admiralty MTR Station sila turun dan tukar line / tren menuju ke Causeway Bay MTR Station (Island Line - warna biru)
3) Keluar dari Causeway Bay MTR Station dan berjalan selama 3 minit (jarak dalam 210 meter) cuba cari 19-31 Yee Wo Street, Hong Kong dan akan jumpa Rumah Makan Sedap Gurih.

Kami menghabiskan sejumlah HKD644 di sini mengalahkan makan malam di Restoran Gayang Seafood, Kota Kinabalu!Hehehe...





23.02.2014 (Ahad)


Hari ke-4 di tanah Hong Kong, aku ndak ke mana-mana.Cuma memang Kak Sue dengan Salina telah merancang sejak kelmarin mau jejak kaki lagi ke Sogo Hong Kong tu bersama jejaka-jejaka comel - Zul dan Adie.Mau membeli-belah lagi.

Aku?Seperti biasa ndak berminat sebab bajetku ciput jak.Terus-terang aku hanya bawa HKD2300 (lebih kurang RM1000).Itu pun ndak masuk ke Disneyland Hong Kong.Betul-betul aku jaga tu perbelanjaan.Tujuan utama adalah melihat dengan mata ku sendiri bagaimana rupanya negara Hong Kong yang suatu masa dahulu drama-dramanya menjadi kegilaanku.Itu pun aku tetap bersyukur kerana hajat telah kesampaian berada di sini...=)

Pagi tu mereka ke Sogo HK, aku pula sibuk mengemas barang dan pakaian sumbatkan semuanya dalam beg.Sempat lagi aku berselfie bagai dalam bilik tu sementara menunggu mereka habis shopping.

Kumpulan kami berpecah kepada dua yang mana kak Tim dan kak Faridah gerak awal ke lapangan terbang dengan menaiki bas.Kami pula sebelah petang bertiga akan naik teksi disebabkan barang-barang kakak-kakak cantik tu bertambah.Ndak kuasa dorang mau naik bas!Akulah yang jadi 'mangsa' untuk di ajak kongsi bayar naik teksi.Nasib baik aku diminta bayar suku jak daripada jumlah tambang teksi tu - kos tambang teksi yang kami bayar dalam HKD300 - HKD400 rasanya...(bukan lupa tapi ndak ingat..hehehe)..Yang pasti memang berganda-ganda mahalnya daripada tambang bas.



Kami berada dalam teksi yang ndak berapa moden ni - old school.sampai macam lain-lain aku fikirkan..Boleh-boleh terbayangkan ada pisau disembunyi oleh uncle ni!Hahaha..Mungkin atas sebab uncle ni agak 'garang' tu yang macam seram semacam ku rasa.

Pemandangan yang ada sepanjang laluan ke lapangan terbang

Lalu atas jambatan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Terowong yang agak menakjubkan ku rasa.Dasar kesakaian!Hahaha

Senyuman lebar daripada kami berdua - dalam teksi

Kami semua balik ke Kota Kinabalu awal sehari daripada jejaka-jejaka comel - Zul dan Adie.Mereka akan pulang pada esok malamnya.Stok makanan ku yang masih banyak ku tinggalkan dengan mereka.Maklumlah budak lelaki kena banyak makan untuk tambahkan tenaga.Hihihi...


Gembira dalam sedih meninggalkan bumi Hong Kong yang memberi beberapa pengalaman pahit dan manis


Antara barangan cenderamata / cenderahati yang dijual di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Harga memang agak mahal tapi semuanya cantik dan menarik hati




Sempat lagi mengabadikan kenangan di hadapan Victoria's Secret, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong sebelum berlepas pulang.



Baru perasan ada pula perempuan di belakang yang ikut bergambar sama dengan simbol 'peace'!=)

Apa pun, bercuti ke Hong Kong merupakan pengalaman baru untuk diri ku!Cuma pada pengamatanku kebanyakan rakyatnya ndak semesra masyarakat di negara Korea.Bila mau bertanya, cepat-cepat mengelak.Kalau ndak mengelak, macam kena tengking / herdik pun ada!Bercakap agak kasar.Kelakuan pun lagi kasar.

Bayangkan staff di kaunter Hotel Imperial, Hong Kong masa pulangkan duit deposit bilik hotel dia main buang begitu jak.Sampaikan kak Tim cakap sama dia, 'kalau kau di Malaysia memang kena ajarlah kau berbudi bahasa dengan pelanggan'...Hahaha

Perancangan akan datang kami mau jejakkan kaki lagi ke tanah Hong Kong - Macau - Shenzhen.Cuma masa sahaja yang belum tahu bila.Tunggu semua ada kelapangan mungkin...(Salina dan Kak Sue sudah pergi lagi ke Hong Kong untuk kali kedua - masing-masing pada bulan Oktober 2014 dan November 2014 bersama suami, anak-anak dan keluarga).


-TAMAT-

Rabu, 14 Januari 2015

SETELAH 14 HARI BERLALU...




Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setelah 14 hari berlalu, baru hari ini tergerak hati untuk update blog!

Masih belum terlewat rasanya aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2015 kepada rakan-rakan bloggers sekalian mahupun kepada yang sudi membaca blog yang ndak seberapa ini.

Kekangan masa merupakan faktor utama kepada lambatnya entri blog dibuat.Lebih-lebih lagi sibuk dengan persediaan untuk menghadapi temuduga jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (di bawah Kerajaan Negeri Sabah) yang mana ini merupakan peringkat 5 (terakhir) setelah bersusah-payah pada peringkat 1 sehinggalah peringkat 4 sebelum ini.Lebih kurang 6 bulan juga masa yang perlu aku lalui.Setiap peringkat punya tekanan yang berbeza.Lazimnya, siapa yang tidak ingin berjaya kan?Harapan ku moga ada 'berita gembira' yang aku terima sedikit masa lagi.Jikalau dukacita yang dikhabarkan, mau ndak mau kena redha dan ikhlaskan hati setakat ini sahaja yang mampu dicapai.

Apa pun, pada tahun 2015 ini semoga menjadi tahun yang penuh makna buatku dari segi kesihatan, rezeki zuriat, rezeki kerjaya, rezeki melancong mahupun rezeki hidup berkeluarga.Moga mampu menghilangkan semua kesedihan yang ku alami pada tahun 2014 terutama saat-saat menghadapi pemergian 11 ekor kucing-kucing kesayanganku.Damailah kalian di sana.Doaku sentiasa ada untuk kamu semua.Semoga dengan datangnya 2015 menjadi langkah yang indah ku jalani.


Di kesempatan ini juga, aku ingin berkongsi koleksi gambar kucing-kucingku yang telah tiada pada tahun 2014.


Ini baby Kim.Comel saja tengok gambarnya dalam beg.Hanya tinggal kenangan...huhuhu

Ini antara wajah-wajah anak kucing parsi ku yang lahir dalam bulan Mac 2014.Semuanya telah tiada disebabkan virus kucing telah menyerang mereka.


Hanya memori indah tercatat seketika...

Baby Miki pun juga telah pergi...

Hanya baby Jang (warna kelabu) yang tinggal.Baby Kim jatuh sakit terkena serangan virus parvo dan akhirnya pergi ndak akan kembali lagi.

Baby Tiger ni kacukan parsi - kampung.Ndak sampai sebulan umurnya pergi juga ikut jejak yang lain.Tumbesarannya agak terbantut dan ndak boleh survive.

Memoir terindah ku bersama baby Kim

Baby Kim bersama abangnya

Aku suka sangat tengok gambar ni..Sayang kamu semua!

Hanya mampu menatap gambar-gambar comel mereka..pun telah tiada.huhuhu

Jinggo yang berwarna kelabu.Aku ndak tahu dia sakit batu karang.Masa aku berada di Korea dapat khabar dukacita yang dia ndak boleh berdiri dan bangun seperti biasa.Tapi, dia tetap tunggu kepulanganku barulah dia 'pergi' dengan aman.Mata bengkak, menangis bukan alang-alang.Sungguh terkilan hatiku sampai ke hari ini.Maafkan aku Jinggo sebab ndak sempat merawat mu...:-(

Putih ku yang keracunan.Tiba-tiba jatuh sakit dan pergi jua bersama Jinggo pada bulan yang sama - Jun 2014.

Purin ku 'penjahat' ni jatuh sakit gara-gara dibelasah oleh kucing-kucing parsi betina ku.Ntah kenapa over protected betul dua ekor mamak kucing parsi ku tu - garang dan ganas semacam!Akhirnya, mati juga dia ni...:-(

Jinggo kesayanganku - walau pun muka mu nampak garang dan ganas tapi hati mu baik, manja serta sayang sama aku.





--
--
--
--
--

Walau apa pun yang terjadi, tahun 2015 telah tiba


Antara kata-kata yang aku suka :-

Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui.Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna atau hanya sedikit makna.Semoga pada tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat Tahun Baru semoga lebih sukses.

Jangan sesali masa lalu.Jangan khuatirkan masa depan.Selalu ada harapan pada tahun baru.In Shaa Allah!

Salam mesra dari ku untuk kalian walau di mana jua berada.