Halaman

Rabu, 14 Januari 2015

SETELAH 14 HARI BERLALU...




Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setelah 14 hari berlalu, baru hari ini tergerak hati untuk update blog!

Masih belum terlewat rasanya aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2015 kepada rakan-rakan bloggers sekalian mahupun kepada yang sudi membaca blog yang ndak seberapa ini.

Kekangan masa merupakan faktor utama kepada lambatnya entri blog dibuat.Lebih-lebih lagi sibuk dengan persediaan untuk menghadapi temuduga jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (di bawah Kerajaan Negeri Sabah) yang mana ini merupakan peringkat 5 (terakhir) setelah bersusah-payah pada peringkat 1 sehinggalah peringkat 4 sebelum ini.Lebih kurang 6 bulan juga masa yang perlu aku lalui.Setiap peringkat punya tekanan yang berbeza.Lazimnya, siapa yang tidak ingin berjaya kan?Harapan ku moga ada 'berita gembira' yang aku terima sedikit masa lagi.Jikalau dukacita yang dikhabarkan, mau ndak mau kena redha dan ikhlaskan hati setakat ini sahaja yang mampu dicapai.

Apa pun, pada tahun 2015 ini semoga menjadi tahun yang penuh makna buatku dari segi kesihatan, rezeki zuriat, rezeki kerjaya, rezeki melancong mahupun rezeki hidup berkeluarga.Moga mampu menghilangkan semua kesedihan yang ku alami pada tahun 2014 terutama saat-saat menghadapi pemergian 11 ekor kucing-kucing kesayanganku.Damailah kalian di sana.Doaku sentiasa ada untuk kamu semua.Semoga dengan datangnya 2015 menjadi langkah yang indah ku jalani.


Di kesempatan ini juga, aku ingin berkongsi koleksi gambar kucing-kucingku yang telah tiada pada tahun 2014.


Ini baby Kim.Comel saja tengok gambarnya dalam beg.Hanya tinggal kenangan...huhuhu

Ini antara wajah-wajah anak kucing parsi ku yang lahir dalam bulan Mac 2014.Semuanya telah tiada disebabkan virus kucing telah menyerang mereka.


Hanya memori indah tercatat seketika...

Baby Miki pun juga telah pergi...

Hanya baby Jang (warna kelabu) yang tinggal.Baby Kim jatuh sakit terkena serangan virus parvo dan akhirnya pergi ndak akan kembali lagi.

Baby Tiger ni kacukan parsi - kampung.Ndak sampai sebulan umurnya pergi juga ikut jejak yang lain.Tumbesarannya agak terbantut dan ndak boleh survive.

Memoir terindah ku bersama baby Kim

Baby Kim bersama abangnya

Aku suka sangat tengok gambar ni..Sayang kamu semua!

Hanya mampu menatap gambar-gambar comel mereka..pun telah tiada.huhuhu

Jinggo yang berwarna kelabu.Aku ndak tahu dia sakit batu karang.Masa aku berada di Korea dapat khabar dukacita yang dia ndak boleh berdiri dan bangun seperti biasa.Tapi, dia tetap tunggu kepulanganku barulah dia 'pergi' dengan aman.Mata bengkak, menangis bukan alang-alang.Sungguh terkilan hatiku sampai ke hari ini.Maafkan aku Jinggo sebab ndak sempat merawat mu...:-(

Putih ku yang keracunan.Tiba-tiba jatuh sakit dan pergi jua bersama Jinggo pada bulan yang sama - Jun 2014.

Purin ku 'penjahat' ni jatuh sakit gara-gara dibelasah oleh kucing-kucing parsi betina ku.Ntah kenapa over protected betul dua ekor mamak kucing parsi ku tu - garang dan ganas semacam!Akhirnya, mati juga dia ni...:-(

Jinggo kesayanganku - walau pun muka mu nampak garang dan ganas tapi hati mu baik, manja serta sayang sama aku.





--
--
--
--
--

Walau apa pun yang terjadi, tahun 2015 telah tiba


Antara kata-kata yang aku suka :-

Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui.Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna atau hanya sedikit makna.Semoga pada tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat Tahun Baru semoga lebih sukses.

Jangan sesali masa lalu.Jangan khuatirkan masa depan.Selalu ada harapan pada tahun baru.In Shaa Allah!

Salam mesra dari ku untuk kalian walau di mana jua berada.




7 ulasan:

Bibie Karim berkata...

Happy new year Yanie. Dui bah sedihnya sampai 11 yang tinggalkan ko. Diorang ni ibarat darah daging bah juga, apalagi kalau memang kita piara since lahir. Connection tu hanya kita saja yang faham. Semoga tahun ni ada berita gembira untuk ganti yang sudah Dia ambil tahun lepas.

NEKCIK berkata...

amiin iin Yanie..makcik doakn. agar semua impian akan tertunai...dan 2015 akan membawa sinar bahagia..amiin
alahaiii sedeylah tengok gambar mereka nii..hu..hu

Jari Manis berkata...

JM simpati dengan pemergian mereka tu..Allah lebih syg kan mereka tu Yanie

Norharyani Sanusi berkata...

Iya bah bie..kita ni sudahlah sygkan dorg.bila tiada mmg menangis2 jgk kesedihan...

Aamiin bie..=)

Norharyani Sanusi berkata...

Terima kasih makcik..memang sedih tp x apa la.mereka berada di tempat yg baik.Redha jer...=)

Norharyani Sanusi berkata...

Lumrah kehidupan kan JM..jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan.

X apa..mereka tetap dlm kenangan yanie

Norharyani Sanusi berkata...

Terima kasih makcik..memang sedih tp x apa la.mereka berada di tempat yg baik.Redha jer...=)