Halaman

Isnin, 2 Februari 2015

Hi SEOUL 2014 # DAY 1





Mulai hari ini aku akan update entri berkenaan cuti-cuti Korea pada bulan Mei 2014 yang lalu.Tapi, ndak tau bila mau habis!Sebab siri Jelajah Korea 2012 pun belum siap-siap..(Rasa mau hentak kepala ke dinding atas sebab malas tahap dewa!)..Hahaha

Perancangan ke Korea ni aku buat pada bulan Oktober 2013.Sepatutnya, bulan April 2013 tu aku akan ke sana bersama encik Suami.Disebabkan negeri Sabah kecoh dengan kes pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu aku batalkan saja trip tu.Maklumlah encik Suami bertugas sebagai salah seorang anggota unit beruniform yang secara ndak langsung terlibat dengan tugas-tugas pertahanan negeri / negara.Dia benarkan aku pergi ke Korea tapi macam ndak sedap plak hati bila tinggalkan dia dengan kes begini.Tambahan pula, kejadian berbalas tembakan di Semporna yang mengorbankan beberapa orang anggota PDRM.Menakutkan!

Kali ni aku pergi berempat iaitu bersama Mala (adik perempuan), Suzila dan Herniezieana.Suzila ni aku kenal melalui email.Mula-mula dia hantar email sebab bertanyakan trip ke Korea dan mahu tahu berapa kos ke sana.Manakala, Herniezieana memang aku kenal sejak di UiTM Kota Kinabalu, dia ni freshie / junior aku masa tu...=)


22.05.2014 (Khamis)


Penerbangan kami dari Terminal 2, AirAsia Kota Kinabalu sepatutnya bertolak pada pukul 3.45 petang dan tiba di KLIA2 pada jam 6.20 petang.Tapi, kami ni hanya merancang kan tiba-tiba dengar pula pengumuman penerbangan ditunda.Dengan keadaan cuaca yang mendung dan sedikit hujan risau bukan kepalang kalau-kalau penerbangan ditunda lagi.Sebab kami kena naik penerbangan pada jam 1.00 pagi dari KLIA2 ke Incheon, Korea.Dalam hati ndak putus berdoa moga masa berpihak kepada kami.Kecut perut juga memikir.Sudahlah si Hernie terbang awal sehari ke Korea dan sedang menunggu ketibaan kami di sana, rasa kasihan pula kalau kami lambat sampai.Dia tunggu kami selama 16 jam di lapangan terbang Incheon.Sanggup dia semata-mata mau jejak kaki ke sana.Apa pun, itu juga salah satu pengalaman yang dihadapi kan Hernie?Hihihi...


Kami selamat mendarat di KLIA2 dalam jam 8 malam.Kebetulan KLIA2 baru dibuka, kami ambil kesempatan buat rondaan pula sementara menunggu masa check-in.Kiranya 'perasmian' lapangan terbang baru...=)


Untuk kedua kalinya menjejak kaki di bumi Seoul, Korea.


Dalam kapal terbang AirAsia X.Alhamdulillah, tiada apa-apa yang ndak diingini berlaku!

 Sempat bergambar semasa menunggu tren ke balai utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea.
Setelah penat berbaris tiba-tiba disuruh berpindah ke sebelah sana pula gara-gara ramai penumpang


Suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul, Korea.



Selesai urusan pemeriksaan imigresen dan kastam, kami keluar dan berjumpa dengan Hernie di pintu ketibaan.Wah, nampak dia ada kawan baru di sebelahnya.Perempuan Korea yang tinggi lampai.Kami bersalaman dan berkenalan sekejap.Kemudian, aku bergegas membeli t-money beserta top up sekali untuk aku dan adikku Mala.Kalau ndak silap setiap kad aku tambah nilai dalam 20, 000 won.

Sebelum bertolak ke Korea, aku ada buat tempahan via online untuk sewa poket wifi.Tapi, bila dicari ndak kejumpaan di mana tempatnya sebab sudah berpindah pula.Bingung sekejap!Lain-lain tempat kena ada deposit 200,000 won dengan caj menggunakan kad kredit.Satu hal lagi aku memang lama sudah batalkan penggunaan kad kreditku atas sebab ndak mau terikat dengan hutang konon...Hihihi

Akhirnya, Hernie dan Mala yang teruskan pencarian.Dapatlah kami sewa poket wifi tu tanpa sebarang deposit dengan kadar keseluruhan 60,500 won selama 11 hari.Baru rasa lega hati ku...

Kami sewa poket wifi dengan kadar 5500 won sehari dengan pakej metropolitan untuk kegunaan 3 alat peranti sahaja.Kawasan pedalaman ndak termasuk, cuma kawasan bandar Seoul jak!




Kami tinggal di Sp@ Itaewon Guesthouse dalam tempoh 11 hari 10 malam bermula 22.05.2014 hingga 01.06.2014 dengan kadar 720,000 won untuk 4 orang.Seorang dalam 180, 000 won, lebih kurang RM570.60 (kadar tukaran semasa RM3.17).Kira murah juga sebab 10 malam tu..Boleh berjimat sudah!=)


Cara-cara untuk ke Sp@ Itaewon Guesthouse :-

By Bus (Approximately 70 minutes) 
1.      Catch the Hannam-dong Deluxe limousine (6030 bus number / 15000KRW fare) at the first floor dock 6 B or 13 A
2.       Get off at the Hamilton Hotel.
3.      After you get out of the bus, ask for the Itaewon subway station exit # 1.
4.      After you get to the exit # 1 keep walking straight for about 150m and then make right into the second street(small alley, you will see Tigers and Ferrara stores on the corner).
5.      After making right into that alley keep walking straight where you should see stairs on a small hill. Walk up those stairs and then you will see our building.

Kami naik bas limosin nombor 6030 dengan kadar tambang 15000 won seorang.Tiket boleh dibeli di kaunter tiket di luar lapangan terbang Incheon.

Suzila sedang melayan perasaan...Hehehe

#1 - Pemandangan semasa menaiki bas menuju ke bandaraya Seoul

#2 - Pemandangan semasa menaiki bas menuju ke bandaraya Seoul

#3 - Pemandangan semasa menaiki bas menuju ke bandaraya Seoul

#4 - Pemandangan semasa menaiki bas menuju ke bandaraya Seoul

Semasa bas sedang berhenti di lampu isyarat, sempat merakam gambar budak-budak sekolah ni!


MBC spotted!


#5 - Pemandangan semasa menaiki bas menuju ke bandaraya Seoul

#6 - Pemandangan semasa menaiki bas menuju ke bandaraya Seoul

#7 - Pemandangan semasa menaiki bas menuju ke bandaraya Seoul

#8 - Pemandangan semasa menaiki bas menuju ke bandaraya Seoul


# 1 - Ini pemandangan di sekitar Sp@ Itaewon Guesthouse, Seoul

# 2 - Ini pemandangan di sekitar Sp@ Itaewon Guesthouse, Seoul

# 3 - Ini pemandangan di sekitar Sp@ Itaewon Guesthouse, Seoul.Nampak tangga yang kena kami turun naik.Mengah juga setiap hari.Hihihi

# 4 - Ini pemandangan di sekitar Sp@ Itaewon Guesthouse, Seoul

# 5 - Ini lorong yang mesti di lalui  sekitar Sp@ Itaewon Guesthouse, Seoul

Lebih kurang jam 12 pm kami pun sampai di kawasan Itaewon.Bila nampak jak lorong yang kena lalu dan tangga yang mesti didaki terus macam pening aku rasa.Hahaha...Nasib baik ada pasangan Malaysia yang baru berkahwin ikut sama-sama kami.Jadi si suami tu la yang banyak menolong kami mengangkat luggage ke atas.Terima kasih atas budi baik tuan!Ndak akan kami lupakan...=)

Rasa kasihan juga dengan pasangan Malaysia yang baru berkahwin ni.Bila sampai saja di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, ejen yang sepatutnya menyambut mereka ndak datang.Sah mereka kena tipu sudah.Agak mahal juga harga pakej yang dibayar dalam RM5000++ seorang.Bila sudah mendengar permasalahan mereka semasa di lapangan terbang, aku terus ajak sama ke tempat penginapan kami.Malam tu si isteri demam dan esok hari mereka pulang semula ke Kuala Lumpur.Sedihnya kisah mereka...tapi apa kan daya duit sudah habis dibelanjakan untuk pakej tersebut.Mau ndak mau memang kena balik juga ke Malaysia sebab itu saja pilihan yang mereka ada.

Kemudian, urusan check-in di Sp@ Itaewon Guesthouse sekejap saja.Habis bayar semua, dapat kunci bilik dan cepat-cepat naik ke tingkat 1 untuk merehatkan badan.Kami tinggal dalam 4 bed dorm female.Agak selesa dan bersih.Tandas dan kamar mandi terletak di hujung bilik pada tingkat yang sama.Juga bersih!=)

Kena naik tangga lagi baru boleh sampai di depan pintu Sp@ Itaewon Guesthouse, Seoul

Sumber : Google

Lebih kurang begini bilik kami tapi cuma ada 4 katil.Yang ini aku ambil dari google.Sebab ndak ada ambil gambar bilik pula masa awal sampai.Masing-masing sudah penat sangat sebab mendaki tangga.Hihihi...

3 ulasan:

Jari Manis berkata...

kali ke 2 ke Seoul ..wah...lama tul baru nk update so give me .JM pun entri Seoul dah naik basi ni huhhu

SP@Itaewon tu ada bilik utk 2 org tak?

kasihan pasangan dari Msia dan ambil pakej tu..RM10K tu lesap...kenapalah dorang byar full then x jadi lah ye jln2 d Seoul

Bibie Karim berkata...

Aik kesian tu couple. Orang sekarang ah bikin panas bah. Senang2 jak mau menipu orang. Baru sempat menjejak sehari jak. Xjuga lah aman hidup yang menipu dorang tu. Eh emo aku!

Didi Kar berkata...

Hai.. mcm sama je kes kita ni..cerita korea 2012 x habis2..inikan pula nk sambung cerita 2014. Hahahaha sesungguhnya daku amat memahami perasaan itu..hee