Halaman

Jumaat, 17 April 2015

Hi SEOUL 2014 : PETITE FRANCE # DAY 2

23.05.2014 (Jumaat)
Jam 7 pagi (waktu Korea)
------------------------------------

Merujuk kepada jadual sebelum ini, sepatutnya kami akan pergi ke beberapa tempat iaitu :-

  • Gyeongbokgung Palace
  • Gwanghwamun Square (Gwanghwamun Gate & King Sejong Statue)
  • Namsangol Hanok Village (Pakai Hanbok)
  • Korea House
  • *Lunch/Dinner di Dongdaemun Grilled Fish Street (Seafood Restaurant )


Tetapi, setelah berbincang kami tetapkan jadual yang mana jejakkan kaki ke Petite France dan juga Pulau Nami terlebih dahulu memandangkan ada seorang kakak tu ndak jadi ke Korea bersama-sama kami untuk trip kali ini.


Arah perjalanan untuk hari kedua seperti berikut :-

1) Itaewon Station (Line 6) -----> 2) Sindang Station (Line 2) ----> 3) Konkuk University Station (Transfer to Line 7) ----> 4) Sanbong Station (Transfer to Gyeongchun Line).Ambil Exit 2.Menuju ke perhentian bas.Naik Gapyeong City Tour Bus (one day ticket) dengan kadar 5,000 won seorang.



Suzila dengan simbol 'peace' nya.Gembira sebab mau ke Pulau Nami kan?

Seawal jam 7 pagi kami sudah bergerak.Lihatlah suasana sekitar guesthouse kami pun masih sunyi sepi.

Sunyinya!

Harus bergambar 'groufie / wefie' sebagai kenang-kenangan

Itaewon, Seoul

Itaewon, Seoul


Bergerak menuju ke subway Itaewon Station

Itaewon, Seoul

Itaewon Station

Beginilah keadaan tren di bandar Seoul

Jauh lagi turun tangga naik tangga


Malar mau bergambar sama!Hahaha

Sempat lagi Suzila pandang ke arah kamera





Setelah bertukar-tukar tren, akhirnya kami sampai di Cheongpyeong Station dalam jam 8.40 pagi.Ramai gilak orang dalam tren hari tu.Apa pun, bertabahlah demi keriangan berganda!Hehehe...


Cheongpyeong Station, Seoul

Cheongpyeong Station, Seoul


Perhentian bas di Cheongpyeong Station, Seoul

Bekalan kami selama berada di Seoul

Sambil tunggu bas jadi model susu pisang & biskut oat sebentar ya...=)

Ahjumma ni cakap dalam bahasa Korea.Langsung ndak faham apa.huhuhu

Nampak ndak nun di hujung  jejaka Korea yang hangat di pasaran.Motif?Hehehe

Pemandangan semasa menuju ke Petite France, Seoul

Pemandangan semasa menuju ke Petite France, Seoul

Pemandangan semasa menuju ke Petite France, Seoul

Pemandangan semasa menuju ke Petite France, Seoul

Pemandangan semasa menuju ke Petite France, Seoul

Dua kali sudah sampai di sini!Yahooo...

My Love From The Star - semasa masih hangat dramanya!





'Hai little prince, kenapa juga kau ndak pandai besar-besar ni?'...Hahaha

Terjumpa dengan kucing Korea - gembira rasa hati sebab teringatkan anak-anak bulus yang ditinggalkan di rumah

Patung-patung ahli sihir yang menyeramkan!



Tertarik dengan warna-warna bunga-bungaan ini

Baru mau belajar main piano konon-kononlah!

Separuh pemandangan yang ada..hihihi

Lagi poster besar MY LOVE FROM THE STAR

Nasib baiklah ada Menara Eiffel di sini.Ndak susah-susah mau ke sana lagi!=)

Kepunyaan aku dan Mala.Tapi, yang aku pesan ndak rasa manis pun!Lupa plak apa nama menu yang aku beli

Petite France, Seoul

Ada Gift Shop tapi agak mahal.Beli yang murah-murah pun ok jugak!

Mula-mula sudah ambil untuk Note 1 tapi ndak jadi plak beli sebab takut bajet ndak cukup.Ada 8 hari lagi di Seoul.




Gigih menunggu bas walau dalam cuaca yang berbahang panasnya!

Asalkan ada bangunan Petite France di belakang tu pun ok walau arah mata ndak ngam!Hihihi

Kenapa juga ko Suzila begitu?Lucu ni bila ditengok!Hahaha


Tamat kisah di Petite France.Jom gerak ke Pulau Nami Winter Sonata!



Nota:

Sebenarnya, entri ni lama sudah dalam draf.Tapi, asyik bertangguh beginilah kejadiannya!Malas mau cakap banyak-banyak.Biar layan gambar jak..Bilang orang, biar gambar tu berbicara!Hehehe...

2 ulasan:

Ice Bucker berkata...

Haha..lucu..asal airku sedap jak d kasi beli..

FiZ aka Miss Pija berkata...

Best ehh Petite France ni? Tak sabar nak pergi.eh..hehe