Halaman

Jumaat, 26 Jun 2015

Hi SEOUL 2014 : PULAU NAMI # DAY 2



23.05.2014 (Isnin) Jam 1.20 Petang
Pulau Nami (Winter Sonata)
--------------------------------------------------

Sesi keterujaan kami diteruskan dengan menjejakkan kaki ke pulau cinta yang terkenal dengan penggambaran drama Winter Sonata iaitu Pulau Nami ataupun Naminara Republic.

Ini kali kedua aku sampai di sini.Alhamdulillah, tempat ni betul-betul aku suka!Ndak tau pasal apa..Yang pastinya landskap Pulau Nami ni memang cantik dan tenang.

Syukur juga sebab aku dapat bawa adikku Mala ke Korea untuk tahun 2014 ini.Sudah namanya rezeki kan..Alhamdulillah!Sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi minat yang sama dengan dia.Bila ada masa pasti kami borak-borak pasal trip ni.Senyum-senyum, terkenang-kenang plak semua memori indah di Korea.

Harga tiket masuk masih sama iaitu 8,000 won setelah diberikan diskaun.Harga asal 10,000 won.Aku puji dengan strategi pelancongan negara Korea ni sebab apa?Sebab kebanyakan pelancong luar mesti dapat pelbagai diskaun bagi harga tiket masuk.Kalau rajin bolehlah masuk ke website OFFICIAL KOREA TOURISM ORGANIZATION untuk dapatkan info-info mahupun promosi / diskaun.Biasanya kita akan cetak (print out) promosi-promosi apa yang ada ataupun yang kita mahu (bergantung kepada promosi semasa) dan bawa ke tempat yang kita mahu lawat.Di situ kita akan dapat diskaun berkumpulan contohnya masa kami ke Petite France.



Tengoklah wajah-wajah comel yang penuh kegembiraan di atas ni..Misi untuk menjejak kaki ke pulau cinta - Winter Sonata tercapai akhirnya!=)




Bangga bendera Malaysia ada di atas feri menuju ke Pulau Nami.Tabik hormat!

Inilah sungai yang menjadi pengantara Pulau Nami dan juga jeti feri (Kaunter Tiket)

Seronoknya dapat lakukan aktiviti begini.

Jeti feri Pulau Nami

Aku ndak buat pun Make a Wish tu..Sekadar bergambar..Hihihi



Bergaya sakanlah masa bergambar - sebagai kenangan!

Kami berempat yang comel-comel belaka - bermonopod!

Hernie & Suzila

Gembira sebab nampak pokok-pokok yang kemerah-merahan / kekuning-kuningan..Macam autumn plak!

Di bawah pohon merah...=)


Moga ada rezeki bertamu kembali ke Korea pada musim luruh.Aamiin!







Dalam entri kali ni memang sengaja aku letak gambar kami banyak-banyak.Sebabnya, bermonopod dan bergambar berkumpulan (berempat).Awal-awal saja kami bergambar ramai-ramai pastu masing-masing pegang handphone.Sibuk!





Sesi menconteng atas meja "First Kiss"


Photobomb?Opss..baru perasan ada jejaka di belakang sana.Maaf ya..Ndak sengaja!Hehehe

Dari hujung ke hujung.Dari tengah ke tepi.Dari utara ke timur, barat dan selatan habis kami jelajah Pulau Nami tu dengan bermonopod.Memang orang ketawakan kami.Ada tu siap ambil gambar kami plak.Masa kami pergi ni monopod belum jadi trend.Ndak berapa terkenal.Pelik juga bukankah Korea ni maju dari segi gajet?Rupa-rupanya belum ada lagi di situ masa tu.Kalaulah tahu bagus kami borong di Malaysia kemudian jual dengan dorang di sini.Boleh buat duit..Ada bikin tambah-tambah duit belanja shopping plak!Hihihi...

Ini makcik-makcik dari Tanah Besar China teruja betul nampak kami guna monopod.Jakun dorang tengok kami ni.Siap buat eksperimen bagai..Hahaha

Dia mau cuba juga sendiri untuk buktikan monopod ni apa benda..macam mana mau guna...

Kenangan kita masih segar sampai ke hari ini...


Senyum lebar - gembira bukan kepalang mau menulis.Sekali benda ni ndak ada suda masa aku pegi baru-baru ni (tahun 2015).Putih bersih.Ndak ada contengan apa-apa pun.Hahaha






Kali ni Suzila yang pegang tu monopod.Sakit sudah tanganku..Huhuhu


Pulau Nami - Saranghae!








Kau kenapa Hernie?Ndak sangka dapat jejak ke sini ka?Hihihi...

Tempat wajib untuk ambil gambar.Kenapalah sampai 100x datang ke sini tetap juga aku mau bergambar dengan landmark dorang ni...=)





Jam 3 petang makan Nasi Goncang - nasi, kimchi, telur & tuna berharga 6,500 won satu di Drama Cafe, Pulau Nami.


Nasi goncang ni dalam bahasa Korea disebut Dosirak.Kita kena goncang kontena tin tu guna sarung tangan sebab tin tu panas.Bila sudah sebati barulah makan.Mula-mula aku pesan satu jak untuk si Mala.Sebab aku ni agak pemilih sikit.Rupa-rupanya sedap plak..Hahaha.Menyesal sungguh... 


Kalau ke sini lagi mesti makan nasi goncang tau...

Dalam galeri Winter Sonata.Macam-macam gambar ada dilekatkan di dinding terutama masa penggambaran drama tu.Jadi sebagai pengunjung kita boleh tengok satu-satu.


Winter Sonata Statue - Kang Joon-Sang & Jeong Yoo-Jin

Cinta tiga segi?Hahaha

Daebak!

Sangat susah mau ambil gambar berseorangan.Mesti ada saja orang lalu-lalang!


Atas feri dari Pulau Nami menuju ke jeti kaunter tiket

Kamurang puashati ka ndak ni?Gembira?Hehehe






Setelah puas ronda-ronda, kami pun keluar dari Pulau Nami dan naik feri jam 6.30 petang.Kemudian, naik teksi menuju ke Gapyeong Station ambil tren jam 8.30 malam.Sampai di Itaewon dalam jam 10 malam gitu.Dalam kepenatan terasa lapar plak.Kami hanya beli dan makan kebab ayam.Itu jak pilihan yang ada.Ndak larat mau menapak lagi mencari makanan.Apa pun, kebab tu memang sedap walaupun agak mahal!


Macam ndak mau pulang sudah kami dua ni..

Annyeong Pulau Nami!

Kenangan bersama feri Pulau Nami.

Bah, marilah kita pulang ke Seoul!Malam sudah ni...

Beli kebab di Ankara Kebab, Itaewon


Mampu lagi senyum dalam kepenatan..tapi sangat berpuas hati sebab dapat jejak kaki ke Pulau Nami siang tadi.

Suzila, apa kau buat tu?Jadi orang ketiga ka?Hehehe

Sekian untuk cerita hari kedua.Bersambung nanti pada hari ketiga kami berada di Seoul.
Bye!


8 ulasan:

NEKCIK berkata...

Woiit kita da balik dah..ndak jumpa pon di sana ha..ha

Jari Manis berkata...

arghh....rindunya sama Nami lepas baca entri ni....

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Jari Manis berkata...

Yani...bila nak sambung up entri

Bumilangkawi berkata...

bila nk dpt pi sana..huhu

Jari Manis berkata...

Yani..oo yani ;-)

NEKCIK berkata...

Tunggu mei nnti dia update lah jm

NEKCIK berkata...

Tunggu mei nnti dia update lah jm